Sunday, March 13, 2011

Modul Citra Profesional 2


Bangun pagi tadi dengan rasa yang agak malas sebab ingat pagi hujung minggu boleh la bangun lambat sebab cuti tapi terpaksa gagahkan diri jugak mandi pagi di bawah kedinginan embun pagi yang mencengkam hingga ke tulang rusuk lalu menggigil-gigil sebab tak tahan dengan cuaca sejuk walaupun tak sesejuk mana. Ok, sudah sudah.

Hari ni merupakan hari pertama Program Modul Citra Profesional bagi kumpulan Golden Empire. Yes, semangatnya nak pergi sebab hari ini ada ramai penceramah yang best selain ada kelas grooming lagi. Eh, lately, aku ni memang sangat lah addicted nak daftar masuk kelas grooming kan? -__-


                                                 Poster by Golden Empire


Ceramah macam biasalah masa baru mula kemain semangat nyanyi lagu Negaraku dengan lagu tema bagai tapi bila dah start dengar ceramah kena pulak dalam hall yang over sejuk alamat mata ni pun kejap-kejap je dah nak terpejam. Hoi! Janganlah tido, abang yang bagi ceramah tu hensem kut. heh.


             Encik Kushairi, host kat tv Al-Hijrah juga cikgu sekolah kat
                                                          Gemas, N9


                     Bersama sahabat baik dulu, kini dan selamanya. Ewah


Ok, masuk sesi baru bersama Cikli dari majalah Impiana. Dulu Cikli ni editor kat majalah REMAJA. Talk dia pasal Etika Pemakaian memang superb-lah! Mengikut cerita Cikli tadi, dia pernah interview Linkin Park, pernah berjalan sekali dengan Missy Elliot dan macam-macam lagilah selain dah jumpa ramai selebriti kat Malaysia ni.


Cikli dari majalah IMPIANA, alah majalah pasal interior design
                                                       tue.
                                                 


                         Bersama Cikli yang memang sporting habis


Aku cakap nak ambil gambar sekali nak masuk dalam blog aku. Pastu dia tanya "Blog apa ye?" aku balas, blog ni tak pemes pun kang cakap mesti tak tau :P

Lepas break untuk lunch, talk dari Low Ngai Yuen ataupun Yuen. Alah, yang jadi host 3R dulu tu (Respect, Relax & Respon, dulu aku tiap-tiap Ahad tunggu cerita ini dengan mak hehe)


Dia sekarang merupakan director kat kakiseni.com. Aku pernah jumpa Yuen 10 tahun lepas. Masa tu baru Form 1, dia dengan host 3R sorang lagi, Rafidah datang sekolah aku untuk bagi talk pasal "Period With Kotex". Masa ni Azah Yasmin  jadik host lagi tapi dia tak dapat datang masa tu. Ada la jugak pernah terserempak dia kat fakulti kitorang beberapa bulan lepas.


                                   Seriously, she looks very tired


Lepas habis talk dari Yuen sambung pulak dengan grooming class oleh make-up artist Steven Sunny *suka-suka*. Steven Sunny ni bukan calang-calang orang sebab mampu make up orang dalam masa 45 minit  dan  merupakan make up artist terpantas kat Malaysia. Sejam biasanya dia akan kenakan bayaran cuma RM1000 *pengsan*. 


                                                 Demo make up by Steven


Dia juga berpengalaman bekerja dengan international celebrity seperti David Archuleta, Pussycats Dolls, Karen Mok, Colbie Caillat dan ramai lagi artis dari luar. Memang masyuk gila la income mamat nih.

Majlis tamat pada jam 5 petang dan semua dan ternyata semua peserta berpuas hati dapat jumpa mereka yang pemes selain dapat makan free.


Credit pictures : Afifah Hanani Yusuf


ME : Seronok dapat jumpa orang yang bekerja secara profesional

Saturday, March 12, 2011

Sabarlah Wahai Hati


Mungkin aku yang belum cukup bersabar untuk menghadapi apa yang berlaku di depan mata tapi sukarkah bagi dirinya untuk hormati aku sebagaiman aku cuba hormati dirinya? Kadang kala aku tak faham kenapa orang lain tak dapat nak hormati perasaan pihak yang satu lagi walaupun kita telah cuba sedaya upaya memahami perasaan dia.

Memanglah kita takkan dapat puaskan hati semua pihak tapi at least, kita cuba untuk membuat dia selesa apabila berada dengan kita. Contohnya, bila seseorang tu penat janganlah carik pasal buat beberapa perkara  annoying depan dia seperti buat bising dan gelak kuat-kuat bagai nak tercabut anak tekak (-__-)

Ataupun contoh lain, bila orang lain tengah tidur, tolonglah hormati orang yang sedar tidur. Janganlah masa tu pergi karaoke depan dia pulak. Cubalah fahami keadaan orang lain sama. Selama ini rasanya aku cuba untuk bersabar dan terus bersabar tapi kadang-kadang kesabaran ini semacam sudah tak dapat di kawal lagi.

Tapi walau macam manapun, aku masih perlu bersabar. Biarlah kesabaran yang semakin menipis ini  terus ada dalam diri selagi termampu.







ME : Jujur sahaja, penat untuk terus melayan keadaan ini lagi.



Thursday, March 10, 2011

Wahai Si Pengkritik


Aku tak faham kenapa ramai orang dalam dunia ni suka sangat nak mengkritik orang lain.

Kalau kritikan yang membina takpe jugak. Tapi ni dah masuk kepada kritikan yang boleh melemahkan semangat orang lain. Kena pulak jenis mulut 'puaka', memang panas telinga nak dengar.

                                                Watch your words!


Orang yang jenis suka mengkritik orang lain ni tak boleh dibiarkan sangat. Kadang-kadang perlu jugak untuk melawan. Bukan melawan bergaduh bertumbuk bagai tapi melawan untuk mempertahankan hak kita. Mereka yang bermulut puaka ni kadang kala cuma pandai mengkritik hasil kerja orang lain tapi bila disuruh buat pandai pulak nak mengelat. Bila kita dah buat kerja kita, hasilnya semua benda tak kena di mata dia.

Aku memang pantang dengan orang yang macam ni. Jangan ingat orang lain takde perasaan. Kalau orang tersebut diam bukan bermakna dia lemah tetapi dia cuba elak untuk terus memanjangkan hal itu. Tapi masalahnya semakin kita diam semakin melampau pulak orang tu.

Bagi aku melawan tu penting tetapi perlulah dengan cara yang berhemah. Jangan disertai dengan makian atau cercaan. Jangan biarkan sebelah pihak tersebut mencaci, menghina diri kita andainya perkara yang diperkatakan itu jelas bertentangan dengan diri kita. Orang yang gemar mencari kesalahan orang lain ini sebenarnya lemah, dia akan terus-terusan mencari kesalahan orang lain kerana takut sekiranya kelemahan dirinya terbongkar.

Mengkritik orang lain perlu berpada-pada. Kata-kata yang digunakan  untu mengkritik juga perlulah beralas. Jangan sampai orang yang dikritik terus hilang semangat. Awak tu pun bukanlah sesempurna mana. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.



ME :  You cannot please everyone. Please yourself first.

Tuesday, March 8, 2011

Bukan Dendam


Jangan buat aku terus begini
Kerana aku jua punya hati
Telah dan masih jua aku hormati
Hanya Dia yang tahu sakitnya hati
Dendam itu jauh sekali 
Belum aku mahu mulai
Pintaku buat sekian kali
Tolong fahami diriku ini  
Payahkah kau untuk cuba mengerti?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Empty.



ME : Tak pasti sampai bila boleh terus begini


Friday, March 4, 2011

Jangan buat kami begini

(Masuk hari ni aku pun tak tau ntah  kali keberapa dalam bulan ni kolej aku takde air)

Pagi ni kejadian sama berulang lagi. Bayangkan, aku bangun pagi-pagi nak mandi pergi kelas pastu bukak paip..eh..eh..mana air ni? Bermimpikah aku lagi? Gosok-gosok mata yang penuh taik mata sambil tangan pusing pili lagi... sah! memang air takde lagi... Arghh!  -_-


Memang tensen kut. Alih-alih mood nak pergi kelas pun hilang. Serius, tanyalah mana-mana student pun, kalau air takde mesti diorang tak nak pergi kuliah terutama bagi budak perempuan :P (budak lelaki mungkin tak kisah kut huu)

Kena pulak kalau kat tempat aku ni water shortage ni biasa sampai malam. Pernah terjadi hampir dua hari. Pihak pengurusan kolej sila lah ambil perhatian. Kami bayar yuran kolej mahal tapi air selalu sangat takde.  Sepatutnya kalau dah bayar mahal-mahal, service mestilah baik.

Yelah, cuba bayangkan korang bangun pagi semangat nak pergi kelas tapi akhirnya hasrat nak pergi kuliah terbantut cuma disebabkan takde air.

Tapi bagi yang semangat kental macam aku *ehem* tetap jugak bersemangat pergi kuliah walaupun tak mandi pagi ehehe!!


                 Dan terus ke Secret Recipe walaupun tak mandi pagi :P


ME : Masih bersabar.

Monday, February 28, 2011

Semua Orang Tak Sempurna


Aku tak faham.

Sangat-sangat tak faham.

Kenapa ada manusia yang suka cari kelemahan orang lain tapi kelemahan diri sendiri dia tak nampak. Jangan pandai nak mengkritik tapi tak tau nak membantu. Dalam sesuatu program yang kita buat memanglah  akan ada kelemahannya tambah-tambah kalau program tu merupakan program yang sepenuhnya dikendalikan oleh orang baru dan mereka yang belum biasa mengendalikan program.

Kalau yang ada banyak pengalaman pun tapi kalau berlagak ibarat semua benda dia tau pun payah jugak. Buat orang lain meluat lagi adalah. Dalam program apa pun, kalau dah diamanahkan tugas apa-apa hatta tukang angkat kerusi sekalipun, buatlah atas kapasiti kamu sebagai tukang angkat kerusi. Jangan pandai-pandai nak ambil tugas orang lain pulak. Lepas tu kritik orang lain tak buat kerja sedangkan kamu yang pandai-pandai ambil alih tugas orang. 

Serius, perangai orang yang suka mengkritik tak kena tempat ni bagi aku sangat menjengkelkan. Kita jangan pandai nak kritik orang sesuka hati kalau kita tak berada dalam posisi orang tu. Program apa pun kalau ada sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan bukan lah kehendak orang tu pun.

Kalau ada kelemahan cakap baik-baik bukan dengan cara menghambur kata-kata kesat. Kalau orang lain buat macam tu dekat diri kamu mesti kamu terasa hati bukan. Silap-silap lepas habis program sambung gaduh balik.

Lagi satu, tak payahlah perasan diri kita ni bagus. Ibarat kitalah yang perfect, mantap, berdedikasi lagi terpuji, bijak pandai dan kitalah segala-galanya. Kalau rasa diri tu bagus, cuba-cubalah bantu kawan-kawan lain yang yang tak berapa nak bagus ni. 

Susah ke?

Tak susahkan?

Kan setiap orang ada kelemahan masing-masing. Paling penting orang itu bersedia untuk berubah dan belajar daripada kesilapan lepas.

Ingatlah, awak pun bukanlah sesempurna mana.

                                  Eat. Laugh. Share. Chill out! *tetibe*

ME :  Jiwa serapuh kaca.

Saturday, February 26, 2011

Tolong Hormati Majlis Orang


Hujung minggu Sabtu dan Ahad ni masa aku diisi dengan program yang dianjurkan oleh fakulti aku. Aku ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis. Minggu ni merupakan giliran bagi team aku  untuk anjurkan satu program  bercorak seminar. Program ni lebih kepada Career Talk untuk pelajar tahun akhir. 

Kalau dah namanya majlis formal pakaian pun mestilah sesuai dengan majlis kan. Paling tak pun bagi lelaki pakai slack dengan kemeja lengan panjang, bagi perempuan pulak baju kurung atau kebaya. Banyak lagi pilihan pakaian yang sesuai asalkan tak menjolok mata sudahlah.

Tapi yang buat aku hangin hari  ni bila tengok penampilan peserta yang datang ke majlis ni. Ada yang pakai baju macam nak pergi tengok konsert. Ada pulak tu pakai t-shirt dengan jeans pendek. Lagi cool ada yang pakai selipar jamban. Mak aii..kau ingat ni nak pergi piknik?



Sepatutnya, benda-benda kecil macam tak perlulah diingatkan lagi. Kalau pergi ke mana-mana majlis sekalipun, pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan majlis. Rasanya semua dah faham apa itu etika berpakaian ke majlis-majlis rasmi. Kalau tak tau carik buku yang berkaitan dan baca. Kalau dah malas sangat carik je maklumat kat internet.

Bagi aku, kalau kita dah terima undangan untuk ke sesuatu majlis cuba jangan buat spoil majlis orang dengan penampilan yang tak sesuai ataupun menjengkelkan. Bukan je tuan rumah akan rasa tak selesa, yang pasti akan menjadi buah mulut kepada mata-mata yang memandang. Tak ke haru dibuatnya?

ME : Suka pakai kurung moden.

Thursday, February 24, 2011

Inilah sikap orang kita...


Pagi tadi masa tengah belek Utusan Malaysia aku tertarik dengan satu berita ni. Seorang pemandu treler yang membawa muatan beras kemalangan dengan sebuah lori pasir di Ipoh semalam. Lebih tragik apabila mangsa dibiarkan terbaring di atas jalan raya selama sejam tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Dilaporkan kelindan lori tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah. Takziah kepada keluarga mangsa.


        AHMAD Rodzlin Ahmad Murad ditemani adiknya, Putra Mohd.Ahmad Murad menunjukkan paha kaki kirinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, semalam. Berita penuh di SINI

Tolong Aku


Tolong aku untuk fahami dia
Sudah ku bilang kami bukan siapa
Namun dia masih jua curiga
Hingga buat ku hilang rasa
                                                                                 
.
.
.
.
.

                         Mahukan chocolate indulgence nih *tetibe*
                                                                       

ME : Bukan siapa-siapa.

Monday, February 21, 2011

"GiveAway EdY : KATA KAU!"


Ni adalah sedikit sedutan dari contest yang aku join "GiveAway EdY: KATA KAU!". Ambik kau tajuk kasar semacam jek huu..                       
                                            Kalau nak join klik kat banner ni yer 
                                                                  
                                                             

                                                   So, aku pilih gambar ni :



Caption : "Rayban hitam cantik rupawan, 
              kalau aku yang pakai lagilah menawan"


Harharhar! Ok last sekali aku nak tag contest ni kat Cik Nanie. Ok, kita tunggu jelah keputusannya nanti!

ME : Suka join contest walaupun jarang menang huu

Saturday, February 19, 2011

Lights, Camera Action!

Minggu depan kat tempat aku ada dinner kolej. Aku tengah fenin ni nak carik baju apa yang paling sesuai untuk aku pakai nanti.

Dengan tema Lights, Camera Action! yang ala-ala glamer tuh, aku pun start la google beberapa fesyen yang aku rasa sesuai. Tapi hampeh semua pelik-pelik. Setelah penat google, ni hasil yang aku jumpa..

 Fashion apa ni eh? Euuwww!


 
Omaigod! Ni dah macam pasu bunga atas kepala :P
Erk! Motip designer ni buat baju tutup mulut?


Aku selalu terfikir, baju yang diorang selalu design pelik-pelik ni ada orang nak pakai ker? Sah-sahlah takde orang yang berminat nak pakai kan?




ME : Suka pakai baju kurung masa hari raya. 

Wednesday, February 16, 2011

Jika Benar Bukan Aku



Jika benar bukan aku
Jangan buat aku begini
Hati batu itu bukan aku
Alasan kamu bukan begitu
Cuba berpura satu persatu 
Namun aku bukanlah dungu
Mahu percaya kamu yang satu 
.
.
.
.
.
.
.
.

You know, I hate this fake smile. Really.



ME : Ada sepi yang bertandang di ruang hati.

Zaman Baju Putih

Teringat zaman sekolah dulu. Tingkatan Dua sampai habis Tingkatan 6 Atas aku masih berada di sekolah yang sama. Bila lalu kat jalan depan sekolah lama aku tetap curi-curi pandang sebab kat sekolah ni aku belajar banyak benda kat sini. Waktu sekolah dulu aku tengok kawan-kawan aku semuanya baik-baik. (walau tak semua yang aku jumpa baik huu..)
 
 


 Dulu nampak comot, pakai tudung pun senget tapi sekarang bila jumpa mak aii..aku pun tak dapat nak cam diorang dah. Sekarang masing-masing bergaya kalah model. Masing-masing jugak dah makin cun-melecun dan kulit makin putih. Lagi best, ramai yang dah kahwin. *ehem*
 

 

Kenangan masa zaman persekolahan memang best. Aku ingat lagi masa sekolah dulu cikgu-cikgu kat sekolah memang friendly sangat dan aku memang rajin pergi sekolah (satu lagi sebab kat sekolah lama aku banyak cikgu lelaki muda yang hensem hekhek *gedik*)


ME : Masa kecik dulu paling malas pegi tadika. heh.

Friday, February 11, 2011

Say NO to Valentine's Day!

Tiap tahun, tanggal 14 Februari merupakan tarikh yang paling ditunggu bagi pasangan yang bercouple. Kononnya tarikh ni merupakan hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan masing-masing dengan memberikan hadiah seperti bunga, coklat dan sebagainya. Aku tak pernah sambut valentine so aku pun tak tau orang bagi hadiah apa lagi masa Valentine's Day ni.

Ramai mungkin yang  tahu bahawa haram menyambut perayaan ini namun masih ramai jugak masih melakukannya.






Sejarah valentine day (valentine nama paderi yer…)

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. 

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah tangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu. Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati.

Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan “Love from your Valentine”. Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day (Sumber : tHe KakaRocT)

Hmm..tapi satu perkara yang pasti pada tarikh ni jugaklah yang memberi  peluang kepada pasangan-pasangan di luar sana terjerumus ke arah banyak perkara  terlarang.

Nauzubillah. Semoga aku serta umat Islam di luar sana sentiasa dilindungi oleh Allah serta terhindar dari melakukan sebarang perkara yang boleh menyesatkan.


ME : Salam Maulidur Rasul

Tuesday, February 8, 2011

Fahamilah aku

Sungguh.

Aku betul-betul tak tau. Aku tak tau macam mana nak cakap. Nak terangkan kat dia yang aku betul-betul tak suka dengan apa yang dia buat.

Tapi susah nak cakap depan-depan. Aku tak suka bergaduh sebab benda ni.

Dah macam-macam klu aku bagi. Ingat diorang faham. Rupa-rupanya diorang tak faham. Aku tak tau macam mana lagi nak buat.

Aku cuba faham perasaan orang lain, keadaan dan situasi orang lain.

Tapi kenapa orang tak dapat nak faham situasi aku? Aku tak mintak banyak. Cukuplah dengan bagi aku ruang untuk aku berada di tempat sendiri. Ni sampaikan aku rasa aku bukan empunya sah tempat tu lagi.

Sekali lagi aku cakap.

Fahamilah aku. Tolonglah.







ME : Sangat-sangat tension.