Saturday, December 31, 2011

Cerita Sebelum Tahun Baru




Kurang lagi lima belas minit sebelum masuk ke tahun baru. Tahun baru bermakna kena ada azam baru.



Itu kata orang.



Kalau azam tahun lepas pun belum capai lagi macam mana pulak? (Azam tahun ni ingat lepas dapat kerja nak beli la kereta sebijik tapi kerja pun belum dapat lagi. Heh.)



Tahun ni boleh jadi tahun yang amat mencabar bagi aku. Penuh dengan cerita manis, masam, masin dan tak kurang juga tawar. 



Bermula dari tesis sampai lah kepada cerita berhenti kerja. *Reporter? Oh NOOOOOOOO!*. Sebab aku tak nak kerja wartawan KLIK SINI.



                                           Sebuku tesis


                         PPBL UKM : Tempat timba ilmu sambil bergosip. ehh


 
Selama 3 tahun aku berulang alik ke sini. Selama tu jugak lah aku ada beberapa lecture aku miss tanpa aku  sengaja :P Tampat ni sangat nostalgia kot. Lepas hantar tesis kat sini aku terus rasa bebas ibarat satu tanggungjawab untuk dapat segulung degree dah lepas. Dalam kepala konon dapat jadi pegawai PTD, bayar hutang belajar kemudian ke part yang paling ditunggu, iaitu mendirikan masjid. Ehemmm!



                        Akhirnya, dapat jugak aku merasa pakai jubah konvo




Tapi betullah kata orang, apa yang kita rancang belum tentu akan jadi. Kita merancang tapi Tuhan jua yang menentukan. Kesudahannya,aku sedang mencari kerja. Dan satu perkara yang pasti, aku nak sangat sambung belajar dalam bidang psikologi sebab aku memang suka psiko orang keh keh keh. 






ME : Selamat tahun baru sayang.. eh semua pembaca! hikhik.

Thursday, December 29, 2011

Bukan Benci



Sudah ku anggap ia berlalu
Namun hati tetap meragui
Adakah benar ikhlas aku memaafkan
Pintaku jangan kau ulangi lagi
Hati ini bukan sekeras batu
Setiap laku dan ucapanmu
Meragut setiap kenangan lalu
Sungguh tidak bisa aku melupakan
Segalanya begitu sahaja
Kerana aku jua adalah manusia biasa




                                                    Sumber : Google Image





ME : Berdosakah aku...

Wednesday, December 28, 2011

Baru Aku Terfikir


Dulu masa sebelum ambik PTPTN aku tak pernah terfikir yang hutang akan mencanak naik walaupun lepas 3-4 tahun bayar akibat dari penambahan ke atas caj kos pentadbiran, kos tersembunyi dan kos segala bagai.



Tapi lepas hampir setengah tahun habis belajar baru aku sedar yang lepas ni aku kena carik kerja cepat-cepat untuk langsaikan hutang dengan PTPTN. Tu belum masuk lagi hutang rumah, kereta, nak bayar mak ayah lagi tiap-tiap bulan dan yang last sekali tentunya kawen.




Arghh.



                "Don't worry be happy". Bak kata arnab aku keke




ME : Kawen belum masuk dalam senarai azam tahun baru bagi aku memandangkan aku masih lagi menjadi antara pencari kerja tegar. keh keh keh

Saturday, December 24, 2011

Pemanas air maut?

                     




        Aku baca tajuk ni banyak kali nak carik siapa yang maut -__-




Selalu sangat dalam surat khabar, tajuk lari dari maksud yang ingin disampikan sampaikan kadang-kadang tajuk berita tidak selari dengan kandungannnya. Sebab tu kita jangan percaya terus dengan tajuk berita, kena baca dahulu kandungannya barulah boleh buat kesimpulan. Contoh macam tajuk dia atas nampak jelas sangatlah (-_-').



ME : Besarnya pengaruh penulisan wartawan ke atas orang lain.

Friday, December 23, 2011

Perihal Cita-cita



Dulu masa kecik aku antara yang pernah bercita-cita nak jadi penyanyi keh keh. Kononnya bila jadi penyanyi dapat pakai baju cantik-cantik, dapat beli kereta besar dan dapat hidup dalam rumah mewah. Aku cukup seronok bila tengok kehidupan artis yang nampak sangat mudah, cuma menyanyi satu dua lagu dah boleh dapat duit beribu-ribu. Banding dengan orang biasa, yang kerja dari pagi sampai ke tengah malam dan sampai berpeluh-peluh ketiak  pun tapi dapat gaji cuma cukup-cukup makan.  Heh.



           Dulu aku minat gile dengan CT. Siap gunting gambar die tempek dalam buku -__-



Tapi tu pandangan 15 tahun lalu masa aku masih belum kenal erti kehidupan. Dalam zaman sekarang, kerjaya yang melibatkan artis ni tak lagi menjadi minatku. Aku cuma berminat menjadi pemerhati tambah-tambah kalau tengok zaman sekarang, kehidupan artis makin lama makin buat aku hilang minat. Memang betul lah, artis sememangnya tidak boleh dijadikan sebagai role-model. Yang boleh dijadikan contoh pun tak banyak.



Masuk sekolah sekolah menengah aku tukar cita-cita nak jadik penulis novel. Ingat lagi,masa lapang aku habiskan dengan menulis cerita cinta lepas tu bagi kawan-kawan dekat sekolah baca sampai jadi konyok kertas tu. Punyalah kawan-kawan aku sibuk menelaah novel kontot  aku tulis sedangkan masa tu kami semua sibuk nak ambil PMR. Sampai sekarang aku simpan lagi semua cerita yang pernah aku tulis dulu. Banyak kenangan kut :P.


      Cerpen pertama aku yang berjaya masuk SKOR, Berita Harian keluaran Julai 2006



Masuk universiti aku tukar pulak cita-cita nak jadi pegawai kerajaan. Pergi exam PTD dengan harapan dapatlah tempat memandangkan aku pergi tanpa ada mana-mana kabel penyambung. Tapi hampa. Aku tak lepas ke peringkat seterusnya. Nak buat macam mana, rezeki aku bukan dekat situ nampaknya. 





ME : Rezeki manusia berbeza-beza. Hanya mampu berdoa pada Yang Esa semoga segalanya dipermudahkan-Nya. Amin.

Thursday, December 22, 2011

Parasit


                                                   Sumber : Google Image




Jangan jadi seperti parasit.


Menumpang atas kelebihan makhluk lain.



ME : Kesal.

Wednesday, December 21, 2011

Cerita Tuan Saye



Ini kisah tuan saye. Die sekarang makin rajin update belog sebab keadaan die sekarang yang kurang manis untuk keluar menjual produk takafulnye memandangkan muka dan kulit tuan saye dah makin menggerutu. Hihi. Kesian kan tuan saye die terkena demam campak yang sangat tak berapa serius. oh ye, untuk pengetahuan semua, tuan saye merupakan seorang ejen takaful ataupun orang panggil sebagai Financial Consultant bagi Takaful Etiqa. Lepas berhenti kerja sebagai reporter, tuan saye menyambung hidup dengan menjual produk tu la. Lebih baik dari tanam anggur sepenuh masa kan. Err. 








  Ni header pertama sekali yang tuan saye guna. Kelakar kan? Hihi.



Kalau dulu saye hampir mati kelaparan akibat tiada makanan yang disuapkan tapi semenjak dua-menjak ni makin banyak pulak makanan yang masuk dalam perut saye sampaikan hampir buncit perut saye  *macam perut tuan saye hihi* akibat terlalu banyak disuapkan dengan entri yang berbagai perasa. Kadang-kadang bila tengah marah, tuan saye akan cepat-cepat carik saye untuk memuntahkan ape yang die rase sampaikan die dah tak fikir panjang lagi. Sebab tu ade beberapa entri die yang agak kasar bunyinye tapi saye tau tuan saye  tak berniat pun macam tu cuma kadang-kadang die terover sikit. Ade entri yang ditarik balik oleh tuan saye kalau die sedar yang die dah tersilap kata. Baikkan tuan saye? Hihi :P



Oh ye kawan-kawan, tuan saye sebenarnye jeles tengok belog kawan-kawan die yang lain bersama dengan kisah cinta mereka yang semuanya nampak indah dan bahagia belaka.Tapi tuan saye die tak berapa suka buat entri pasal kisah cinta die sebab die cakap kat saye die akan rase malu kalau tibe-tibe mereka takde jodoh bersama tapi kisah cinta  dah dijaja merata. Tuan saye lebih suka kalau low-profile gitu. Die cakap nanti bila dah betul-betul 'confirm' baru die akan masukkan banyak cerita tentang si die sampai saye muntah hijau bila tengok kemesraan mereka. Eh, eh gedik jugak kan tuan saye? hihi!.



Ok lah kawan-kawan, nampaknya setakat ini jelah kisah saye dan tuan saye. Nanti kalau ada masa kite jumpa lagi ye. Terima kasih sebab membaca. hihi  :)



ME : Seronok juga sekali sekala interframe. hihi.

Tuesday, December 20, 2011

Pantang



Setelah hampir empat hari empat malam berpantang dengan segala macam makanan tak boleh dijamah *tipu tadi aku makan udang*, tidur kena beralas kain, jangan keluar rumah nanti bentan, baju kena basuh asing nanti berjangkit dan macam-macam lagi lah yang semuanya kena patuh kalau nak cepat baik.



     Kecik-kecik cili api tapi sakit sungguh tak terperi. Sobb sobb :(



Ni semua pantang akibat melahirkan anak eh bukan anak orang lah ni anak-anak kudis kecik-kecik yang mula-mula nampak comel tapi lama-lama membesar bersama air bisa yang tumbuh melata tanpa rasa malu apatah lagi segan sampai muka dah serupa zombie -__-


Nak tidur malam takpayah cakaplah, miangnya bukan main terasa. *haipp! ni bukan statement berunsur lucah ok*. Masa mandi kena tahan jelah pedih akibat kesan garu malam sebelumnya. Kalau tak garu kulit rasa miang sangat . *miang lagi?*



      Aku sungguh-sungguh tengah carik daun semambu ni untuk ubat deman campak


                                                    Sumber : Google Image



Tapi yang bestnya bila kena deman campak ni, masa bersenang-lenang banyak dihabiskan depan tv. Kalau dah boring tengok tv, boleh update blog sehari sampai 3 entri, status facebook selang 5 minit update lagi atau takpun layan gosip artis sambil tengok fesyen tudung terkini hihi!.




Sebabnya, orang kata demam campak ni berjangkit, jadi semua yang ada dalam rumah semacam alergik nak geng dengan aku, jadi aku tak dibenarkan masuk dapur masak takut nanti berjangkit kat makanan. Heh. Sampaikan adik bongsu aku dah siap-siap asingkan cawan yang aku kena guna sobb sobb :(




ME : Kalaulahhhh kan, aku tau yang campak ni dasyat macam ni sekali, aku lebih rela kena masa kecik-kecik dulu :(

Friday, December 16, 2011

Realiti Baru




Dulu masa belajar aku tak pernah terfikir pun yang kehidupan selepas tamat belajar lagi sukar dari zaman belajar. Kalau dulu segala-galanya cuma dalam kampus tapi sekarang bila dah masuk dunia realiti baru aku tau macam mana 'dasyatnya' dunia baru ni -___-.


 

   Makan bersama kawan-kawan sambil masing-masing bukak cerita. Rindu :(



  
                              Melompat dengan sebebasnya.




      Pakai topi ada tali, dapat jugak bunga ros yang wangi. Heh.



Lepas berhenti kerja sebagai wartawan tak jadi aku mula giat menjalankan promosi sebagai seorang ejen Takaful Etiqa. Menjual takaful ni sebenanrya bukan mudah. Kena banyak bersabar sebab kalau tak kena gaya memang tak sangkut la. Kena pulak kalau kena bersoal jawab dengan orang yang banyak songeh. Hadapi jelah dengan sabar walaupun dalam hati tu bengkek jugak la.




Aku pilih untuk buat secara part-time. Setakat ni nampak lah jugak hasilnya walaupun belum mencecah target yang aku nak. Kalau sesiapa kat luar sana yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Takaful Etiqa dan pelan-pelan yang disediakan boleh lah email kan ke leli_elit@yahoo.com.my.





ME : Teringin kembali ke alam remaja yang tak payah fikir pasal kerja.

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #2




                                              Poster presentation in 2009
                   


ME : Beberapa kali 'shoot' gambar sebab banyak merapu.

Monday, December 12, 2011

Tak baik membazir makanan



Kalau dulu jumpa kawan-kawan atau sedara mara, spontan diorang akan cakap,


Eh kurusnya awak, tak makan nasik ker?


Dan aku pun menjawab dengan tersipu-sipu malu,


Err. Mana ada. Kurus sangat ker? (Konon-konon aku pulak yang tanya. Ceh. )


Aah la!


Yeke, takdelah (Sambil dalam hati aku gelak sakan hehe)


Tapi sekarang kalau jumpa kawan lama aku yakin yang diorang akan gelak tengok aku -__-



Semenjak dah tak kerja dan duduk kat rumah lain pulak jadiknya. Badan aku makin bertambah kuat dan sihat. Kadang-kadang aku pun jadi risau bila selera makan aku makin membuak-buak.


Walaupun jam dah masuk pukul 12 tengah malam waktu semua orang tengah lena dibuai mimpi, kalau terasa lapar aku akan tetap carik nasik. Dah tu makan bertambah-tambah pulak. Heh.





               Ni bukti aku memang tak pandai membazir makanan




Err.  -__-





ME : Fizikal bukan penentu bahagia. Ewah.

Saturday, December 10, 2011

Ke mana janji itu pergi



Dahulu dia pernah berkata
Akulah manusia yang dia puja
Kini aku jua tidak pasti
Apakah perasaan itu masih sendiri


Dahulu dia pernah janji segala
Bulan bintang sanggup diberi
Kini bukan lautan sanggup dia renangi
Seberang jalan pun tidak lagi


Kadang aku jua pernah berkata
Mungkin ini fitrah mereka
Namun tiada apa yang dia rasa
Walau penat sudah aku bersuara



Kini tinggal aku menyendiri
Meratap nasib yang belum pasti
                                 Dia buat ku makin sangsi
Apakah kelak masih jua begini?




: Let me go first rather than you first throw me away :






ME : Sedang berperang dengan perasaan sendiri.

Benarkah Kamu



Berkali sudah aku mengingatkan kamu
Adakah aku kan jadi pilihmu yang satu
Berkali itu juga kau taburi janji
Ya, memang aku lah gerangan si jantung hati


Penat sudah aku percaya
Segala kata juga janji
Andai ada kata nista
Kan ku percaya tanpa sedetik curiga


Jangan pernah kau bohongi aku
Kerana aku jua bukan begitu
Cubalah kau lebih percaya
Hati wanita memang serapuh kaca


Penat sudah aku menanti
Umpama nadi hampir terhenti
Andai ada perhitungan yang pasti
Jangan aku jadi yang kau benci




                                     : I hate PROMISE :





ME : He will never understand till it happen. Really.

Friday, December 9, 2011

Reporter Itu Bukan Aku



Demi tugas aku berhijrah berserta azam tinggi melangit yang aku bakal jadi seorang wartawan yang komited dengan tugasan membuat liputan ke sana sini tanpa mengenal penat lelah walaupun gaji diterima  ciput. 



  Sekembalinya aku dari karnival kerjaya ni aku terus dapat interview jadi reporter. tsk.





Tapi lain dirancang lain pulak yang jadi. 
 
Lepas berhenti dari kerjaya yang bagi aku memang tak kan aku mintak dah (mana tau sangkut) aku ingat dapat lah kerja lain yang boleh tampung hidup aku. Dalam menanti panggilan temuduga, aku tetap buat tebal muka hantar surat dengan resume merata-rata  dengan harapan ada yang panggil interview.


 Nah, dah berapa banyak tawaran yang aku tolak disebabkan aku dah pindah ke tempat lama semula T____T.


Imbas kembali apabila diarah membuat liputan ke mana-mana seorang diri (dengan hanya menaiki motorsikal, sedih bukan?) buat aku hampir menangis sebab orang kat tempat kerja aku bukan semua mempunyai hati yang macam aku sangka. Dahlah aku budak baru, kat tempat baru pulak tu yang segala-galanya memang cukup asing bagi aku.








Kalau hari pertama dah disuruh balik lewat malam, tinggal aku terkapai-kapai buat assignment sorang-sorang tanpa ada yang berani menghulurkan bantuan, aku mula berfikir betapa aku sedang dibuli oleh mereka.  



Akhirnya lepas fikir dua hari dua malam aku ambil keputusan muktamad.




BERHENTI KERJA.




   Teringat kenangan menonton teater sambil bersantai ria bersama rakan sekepala ketika masih memegang status pelajar.






       Jamuan raya pusat pengajian juga bersama rakan sehati sejiwa.





P/s :  Rindu sungguh aku dengan mereka yang sentiasa ceria :(




ME : Tak pernah ada sesal.

Sunday, December 4, 2011

Dessert #1



Semenjak dua menjak ni aku dah terkena sindrom asyik-nak-belajar-buat resepi-baru-sampaikan-ada orang ingat-dah-sampai-seru.



Err.



Bukan kot. Sebab tanda-tanda ke arah tu belum lagi nampak cahayanya memandangkan aku sekarang pemegang gelaran penganggur sepenuh masa T______T.



Jadi, waktu-waktu senggang selalunya dihabiskan dengan mencuba pelbagai resepi baru yang tentunya mudah lagi menjimatkan.



Kali ni aku buat agar-agar merah putih. Nama aku pun dah tak ingat sebab aku ambil resepi ni masa tengah bersantai-santai hujung minggu sambil menonton cerita kegemaran mak dan kakak-kakak aku iaitu Nona.



                                        
            P/s : Kualiti gambar 'kurang' disebabkan over-lighting




Bahan-bahan :
1 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
1 cawan santan cair
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna merah
Setengah paket agar-agar


Cara-cara :
1. Masak agar-agar.
2. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan santan. Asingkan kepada dua bahagian. (Satu untuk lapisan putih dan satu lagi untuk lapisan merah)
3. Maukkan pewarna merah ke dalam satu adunan dan juga gula ke dalam kedua-dua bekas.
4.Masukkan santan ke dalam kedua-dua bancuhan dan masak dalam dua periuk yang berbeza.
5. Tuang kedalam bekas adunan putih tadi. Tunggu sehinga agak keras kemudian barulah masukkan adunan bewarna merah. Masukkan ke dalam peti untuk biarkan ia menjadi keras.




Sedia untuk dihidang sebagai pencuci taik gigi selepas makan tengah hari.


 
Ok, jumpa lagi dengan resepi lain yang lebih menggiurkan.




ME : Pernah bercita-cita nak bukak bakery hasil air tangan sendiri.

Thursday, December 1, 2011

Sosej Roti Gulung



Resepi ni aku belajar lama dah dan kalau ada cukup bahan aku memang buat.


 Bahan-bahan pun simple sangat yang penting rajin ok :)


 Mempersembahkan...




                                     
                       (P/S : Walaupun nampak macam tak begitu 
                     mengghairahkan tapi rasa memang tip top occay)


**kemaskini (Ada yang mintak sertakan resepi ni ha aku update lain)

Bahan-bahan nak buat kuih ni :


10 ketul sosej
10 keping Biskut kering
3 biji telur
Sebungkus roti-apa-apa jenis pun takpe asal roti kosong


Cara-cara :

1. Pecahkan kesemua biskut sampai hancur dengan menggunakan lesung batu .
2. Gelek roti dengan menggunakan anak lesung batu sampai jadi nipis.
3. Potong sosej kepada 2 dan masukkan sosej ke dalam roti yang dah digelek tadi. Potong roti kepada 2 bahagian. Gulung sehingga kemas.
4. Pecah kan telur pukul guna garfu. Celupkan roti yang dah digulung tadi ke dalam telur.
5. Ambil biskut yang dah dihancurkan tadi dan gelek roti yang digulung tadi ke atas biskut. Kepalkan supaya serbuk biskut melekat pada roti.
6. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
7. Hidang bersama sos yang dicampur mayonis. (Pergh! Memang meletops u)



Sosej gulung roti eh roti sosej gulung. Mana satu yang betul ni weh.


Mana-mana pun boleh lah. Yang penting tiap kali aku buat, mesti licin punya. Hek.



ME : Nak belajar masak rendang.

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #1


                                                            Presenting...
                                                                      .
                                                                      .
                                                                      .
                                                                      .


                                                
                                                Kek Marble 3 warna :P


                                                        


ME : I enjoyed cooking!

Saturday, November 19, 2011

Buat Si Penjaja Cerita




Entri ni aku buat  untuk si penjaja cerita (bukan penjaja jajan ok). Ni untuk yang suka sangat nak menjaja cerita orang sampaikan hal 'dalam kain' orang pun dia sibuk nak ambil tahu.


Aku sebenarnya rimas dengan orang-orang yang berperangai –suka-jaga –tepi- kain- orang- tapi -kain sendiri -koyak –rabak- dia -tak -nampak.  Jenuh aku nak eja satu-satu kut. Heh.

Alkisahnya bermula bila aku menyewa kat sebuah kawasan perumahan yang rata-ratanya memang orang Melayu. Aku mula  menyewa kat situ disebabkan tawaran kerja sebagai seorang wartawan. Erkk.(Kenapa aku tak nak kerja wartawan klik entry ni).


Berjiran dengan orang yang dah berkeluarga paham-paham jelah macam mana. Kena pulak jiran rumah aku ni memang orang yang sangat lah nak ambil tau hal orang lain walaupun aku tak pernah sibuk nak tanya hal rumah tangga dia. Bermula dari takde masalah makin besar pulak masalah bila housemate aku pulak ada krisis dengan jiran sebelah. Maka bermulalah perang dingin yang bagi aku kalau tak dibendung akan menyebabkan tercetus pulak perang saudara. 


Tiap-tiap hari ada je benda yang nak ditanya sampaikan aku kadang-kadang jadi bosan. Bukan apa, soalan yang ditanya tu pulak lain macam bunyinya. 

                                                Think before talk



Bagi aku, kalau dah orang tak cerita, tak payahlah sibuk-sibuk nak tanya. Buat orang meluat lagi adalah. Aku pulak jenis yang tak suka nak ambil tahu hal orang melainkan si empunya badan yang datang bercerita masalah dia kat aku, selagi tak membebankan, aku layankan jelah.

Ni baru kenal dah melebih-lebih pulak nak jaga tepi kain orang  sampaikan aku yang tak terlibat alih-alih terpalit sama. 


ME : Berjiran biar beribu bercinta biar satu.



Harta Pusaka



Dulu aku bukanlah orang yang ambil tau sangat bab-bab harta pusaka ni. Tapi sejak Mak aku bangkitkan isu ni aku mula fikir pentingnya pembahagian harta pusaka ni sejak dari awal lagi. Bab-bab harta pusaka ni benda sensitif, boleh jadi pergaduhan kalau tak kena cara untuk  mengendalikannya. 

Kisahnya bermula bila si polan ni mula bercerita tentang tanah yang nak diberikan kat Mak aku tapi akhirnya dia cakap tak jadi nak bagi atas alasan yang aku anggap tak ada kaitan lah sangat sebenarnya .Bagi aku janji tetap janji. Kena pulak orang tu memang orang yang kita kenal sangat. 

Masalahnya sekarang, bila perjanjian yang dibuat tiada surat hitam putih maka akan timbullah masalah di kemudian hari. Tapi yang aku kesalkan, kenapa perlu mencanang sana sini mengatakan tanah tu akan diberikan pada orang tersebut sedangkan bila dah ada orang nak beli tanah tu boleh pulak cakap yang dia nak balik duit hasil jual tanah tu? 

Tak ke buruk siku namanya?

 Ish, pelik aku dengan orang yang macam ni. Sebab tu bagi aku bab-bab harta pusaka ni memang boleh jadi punca pergaduhan tak kiralah antara mak bapak dengan anak-anak  ataupun adik-beradik tu sendiri. Aku dari awal-awal lagi dah pesan dekat Mak aku, kalau satu hari nanti kami adik-beradik bergaduh pasal tanah, aku lebih rela tak dapat apa-apa dari bergaduh tak tentu hala berebut tanah yang entah berapa kangkang kera. 

Biarlah aku miskin harta asalkan kaya budi bahasa. Ewah. 

                                Konvo aku yang dah 2 bulan lepas.
                    (p/s Cerita takde kaitan langsung dengan gambar)


ME : Lebih rela tak punya apa-apa dari punya tanah sekangkang kera tapi dijaja merata.

Sunday, September 25, 2011

Konvokesyen Kali Pertama.



Esok akan jadi hari yang paling istimewa buat aku sebab penat lelah selama tiga tahun naik turun tangga library (?), kejar bas sebab lambat nak ke kuliah, hampir meroyan gara-gara sang tesis, dan macam-macam lagi selama jadi student akan jadi kenangan paling indah walau ada kala hampir buat aku putus asa.


Nasib ada seseorang (ehemm) yang setia menjadi sang penglipur lara di kala aku stress meroyan tak tentu hala. Ewahh.



Terima kasih! Budi anda amat saya hargai. Dah, dah.



Ok next.


Biasanya masa konvo semua saudara- mara, pak menakan, mak menakan, tok, nenek, kekasih hati (eheeemm) suma akan diangkut sama bagi meraikan kejayaan insan tersayang. Berbaloi la tu datang jauh-jauh untuk nak meraikan kejayaan sebab bukan semua berjaya lepas untuk konvo ni. (Opppss!)


Dah tu, dapat pulak berjambak-jambak bunga dari kaum keluarga, kaum kerabat dan juga kawan-kawan sampai tak cukup tangan nak pegang. Tapi bagi aku, pemberian bunga tu bukanlah menjadi ukuran sebaliknya kehadiran orang-orang yang disayangi tu yang buat kejayaan kita jadi lebih bermakna.


Terasa penat lelah selama ni berbaloi bila tengok skrol dah ada depan mata. Semangat nak sambung belajar jadi membara secara tiba-tiba.Tapi bila ingat faktor lain contohnya kerja susah nak dapat zaman sekarang, membuatkan niat untuk sambung belajar ditangguh dulu.


Takpelah, ada rezeki boleh teruskan pengajian tapi kalau sebaliknya aku pilih untuk kerja dulu.


Terima kasih pada mak abah, para pensyarah, sahabat handai dan juga sahabat istimewa. (yang akan berkonvo pada 1 Oktober ini di utara sana :P)


Jasa kalian sangat aku hargai!




                                           Pre-convo photoshoot.

                         



ME : Selamat berkonvo!

Friday, May 20, 2011

Praktikal oh praktikal



Sedutan dari entri sebelumnya tentang kisah dari sorang pelajar kepada budak praktikal yang hanya mencari pengalaman tanpa diberikan sebarang upah mahupun ganjaran atas khidmat bakti serta penat lelah yang telah dicurahkan.


      Lawatan kerja selama sehari ke kilang Spritzer, Taiping keh keh

                                       


Ok, ok. Cukup.


Isnin hingga Jumaat kononya jadual aku dipenuhi sebagai seorang penguatkuasa. Apa taknya, aku ikut penguatkuasa pantau harga merata-rata dari pasar basah sampai restoran makanan cina (konon sebok sangat letewww). Tugasan pertama aku diarahkan untuk mencatat harga ikan, sayur, buah-buahan dan ayam kat Tesco. Sampikan tiap kali aku datang, dari jauh lagi abang yang jaga bahagian ayam kat Tesco dah jerit 'Ayam super ayam standard' bila nampak kelibat aku dari jauh T___T


Selain tu kami pergi pasar basah kat sekitar Taiping. Baju aku memang selalu kena air ikan dan udang  memandangkan pagi-pagi lagi kami dah jenguk pasar basah catat harga makanan basah.-__-


Selain tu, harga makanan kat kedai mamak dengan kedai nasik campur turut termasuk dalam senarai kedai yang perlu dipantau. Tugas aku bila penguatkuasa jumpa peniaga, aku akan meninjau makanan yang dah siap dimasak kat restoran tu. Perghh! Memang heaven la dapat tengok macam-macam lauk kala perut tengah berkeroncong :p


Bila dah bekerja di tempat yang  dipenuhi orang dewasa secara automatiknya diri akan lebih diberi perhatian. *Ok tipu*. Ditambah pada masa sama aku menjadi cikgu yang mengajar bahasa Inggeris kat opis ni. Kelas buat lepas solat Jumaat dan setakat ni murid-murid dewasa kat sini sangat seronok belajar walaupun sepanjang pemerhatian aku lain yang aku ajar lain yang diorang dapat (-__-)


ME : Hari pertama praktikal bos dah suruh guna mesin taip letrik. Huuu

Wednesday, May 18, 2011

Rindu Itu Kembali


Setelah hampir sebulan tidak merapu raban di belog kesayangan ini, aku kembali dengan semangat baru sebagai pelajar yang sedang menjalani praktikal tapi masih sempat mengupdate belog. Satu pencapaian yang cukup membanggakan di situ :p

Selama hampir sebulan juga macam-macam yang telah dilalui. Habis final semester dan selesai menghantar thesis (aku hampir gila di sini -__- ) aku mula mengemas barang walaupun dengan hati yang cukup berat untuk meninggalkan kampus tersayang. Ingat lagi masa mula-mula masuk universiti dulu aku menangis malam-malam meroyan nak balik rumah. Dah tu emak cakap balik bila aku bagitau nak balik Taiping. Bukan ke aku yang beria-ria sangat nak masuk u dulu? Heh.


                            Rindu kenangan manes di sana

Lepas kemas barang kat kampus aku menghabiskan masa selama dua hari di PD berjimba ria bersama seisi saudara juga adik-adik sedara yang masih kecil. Macam biasa, aku jadi yang paling tua walaupun sebenarnya aku masih muda belia :p

Selesai bersuka ria masa untuk kembali fokus kepada kerjaya. Ewahhh.

Aku mula lapor diri di tempat praktikal tiga minggu lepas di sebuah opis KPDNKK di sebuah bandar misteri  :p

Dan sekarang aku sudah 3 minggu di sini menghabiskan sisa 5 minggu yang masih berbaki dengan harapan selepas habis praktikal ini akan ada mana-mana kompeni yang sudi mengambil aku yang cukup berdedikasi ini untuk bekerja. Tapi hampa kerana aku jua masih belum memohon mana-mana kerja. Huu.

Selepas habis praktikal ni sememangnya aku sudah bersedia untuk menjadi seorang penganggur terhormat lagi dihormati. Sekian.


ME : Percutian di PD dan pengalaman praktikal akan menyusul dalam entri seterusnya. Nantikan siri ke 2.

Thursday, April 28, 2011

Kenangan yang tinggal



Walaupun cerita ni dah basi lagi kepam sebab dah nak masuk sebulan baru update tapi aku tetap jugak nak masuk dalam blog ni -__-


Teater kitorang 4 minggu lepas kat Panggung Seni  berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan jayanya. Ewahhhhh.


Penat terasa berbaloi bila tengok ramai penonton yang datang bersama keluarga dan pakwe tersayang :p


Tambah berbangaa bila Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM) Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri  dan isteri tercinta turut datang bagi sokongan.


Walaupun tak berlakon dan cuma jadi emcee aku tetap punya tugas yang berat lagi mencabar selaku penggerak majlis. *konon letew hikhik*


Nah, layankan beberapa keping gambar sepanjang teater hari tu...



                               Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri
                                                                                 
                                              Bersama lecturer kesayangan


                                                           Our banner

                                                                 Our lecturers









Overall, sangat berpuas hati!






ME : Membilang hari untuk meninggalkan UKM :(