Saturday, February 26, 2011

Tolong Hormati Majlis Orang


Hujung minggu Sabtu dan Ahad ni masa aku diisi dengan program yang dianjurkan oleh fakulti aku. Aku ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis. Minggu ni merupakan giliran bagi team aku  untuk anjurkan satu program  bercorak seminar. Program ni lebih kepada Career Talk untuk pelajar tahun akhir. 

Kalau dah namanya majlis formal pakaian pun mestilah sesuai dengan majlis kan. Paling tak pun bagi lelaki pakai slack dengan kemeja lengan panjang, bagi perempuan pulak baju kurung atau kebaya. Banyak lagi pilihan pakaian yang sesuai asalkan tak menjolok mata sudahlah.

Tapi yang buat aku hangin hari  ni bila tengok penampilan peserta yang datang ke majlis ni. Ada yang pakai baju macam nak pergi tengok konsert. Ada pulak tu pakai t-shirt dengan jeans pendek. Lagi cool ada yang pakai selipar jamban. Mak aii..kau ingat ni nak pergi piknik?



Sepatutnya, benda-benda kecil macam tak perlulah diingatkan lagi. Kalau pergi ke mana-mana majlis sekalipun, pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan majlis. Rasanya semua dah faham apa itu etika berpakaian ke majlis-majlis rasmi. Kalau tak tau carik buku yang berkaitan dan baca. Kalau dah malas sangat carik je maklumat kat internet.

Bagi aku, kalau kita dah terima undangan untuk ke sesuatu majlis cuba jangan buat spoil majlis orang dengan penampilan yang tak sesuai ataupun menjengkelkan. Bukan je tuan rumah akan rasa tak selesa, yang pasti akan menjadi buah mulut kepada mata-mata yang memandang. Tak ke haru dibuatnya?

ME : Suka pakai kurung moden.

5 comments:

  1. rakyat malaysia ni mmg kurang amek berta benda2 macam ni

    ReplyDelete
  2. ada 1 ipta yg menekankan pasal dress kod ni....

    ReplyDelete
  3. edy : setuju!

    zyd : kite tau la u mana :P

    ReplyDelete
  4. saye stuju dgn awk. teringat ade sorg student dtg my ofis sebab nak cr info psl Kos die, dtg ofis waktu ofis hour pakai suar pendek dengan sliper, how can? Cuba lah formal sikit, taulah awk tu STYLO? kan? hehe, termarah plak kat sini.

    ReplyDelete
  5. izan : wah, coolnye pergi opis pakai selipar. dia ingat tu kompeni bapak dia agaknya kan :P

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA