Tuesday, January 31, 2012

Karma



Lama jari atas keyboard laptop. Emm...



Nak taip macam-macam tapi tak tau macam mana nak susun ayat. Ada macam-macam benda dalam kepala nak diluahkan sampai last-last jadi tak terluah. Pulak dah!. Habis-habis pun ulang tengok fesbuk nak dapat idea mula ayat dari mana. Last-last tak terupdate lah blog kalau dah mengadap fesbuk tu kan. Eleh macam la tak tau (-_-!)


Hampir masuk umur baru kurang 24 jam dari sekarang, *rasa agak berusia kalau sebut*. Jadi biarkan dulu tentang usia asalkan hati bahagia. Ewahh. 



Pelajaran hidup sebenar adalah melalui pengalaman kata orang. Ya, memang benar. Boleh jadi kalau aku tak dikelilingi oleh orang-orang yang ada sebelum ni, aku tak kan berada di tempat sekarang. Menjadi tabah tu bukan mudah sebenarnya. Kadang-kadang kita cuba buat sehabis baik, tapi balasan yang kita dapat sebaliknya. Ah, susahnya nak puaskan hati orang lain.  Lebih baik buat hal sendiri. Tapi kita bukan duduk dalam hutan, walau macam mana pun kita masih tetap kena ambil tau hal sekeliling. Pentingnya kita jangan sama sekali masuk campur hal orang lain. Tapi macam mana pulak kalau orang lain yang buat dekat kita? 


Aduh. 


Biarkan lah mereka. Itu urusannya dengan Allah. Penat nak meyakinkan orang lain yang kita bukanlah teruk macam yang diorang sangka. Biarlah...fitnah tu berdosa bukan? Kenapa nak menyebarkan cerita yang tak betul dekat orang lain? Semoga golongan seperti tu insaf. 


Cukup terkesan dengan apa yang pernah berlaku  4 tahun lepas. Bekerja dalam kelompok yang sama jantina boleh jadi satu masalah kalau ada di antara mereka yang tak punya hati macam kita. Bukan nak mengatakan yang hati kita mulia, suci lagi tulus mulus tapi sekurang-kurangnya kita masih tau batasan. Memang betul, rambut sama hitam tapi hati benar tak sama. Boleh jadi jugak orang yang kita terlalu percaya adalah orang yang akan menikam kita dengan cara yang paling kejam. Menikam dari belakang aku maksudkan. Err.


Janganlah..tolonglah jangan buat dekat orang lain macam ni lagi. Kesian la dekat orang lain sama. Kita sama-sama mencarik rezeki yang halal, tapi kenapa mesti buat cerita yang nyata lebih kepada fitnah? Benar faktor umur bukan penentu kepada kematangan seseorang, nah dah jelas terbukti bukan? Yang dewasa mengajar yang lebih muda untuk jadi saling berdendam. Masa tu soalan pertama yang ada dalam kepala, kenapa buat macam ni kat kita? Sedangkan kita tak buat dekat orang pun! Arghh! Aku jua tak punya jawapan bagi soalan tu.


Sungguh, aku tak marah tapi dalam hati ni aku terkilan sangat. Sangat-sangat. Kenapa akhirnya ini balasan yang diterima? Layakkah aku dilayan sebegitu rupa. Tapi ingat Allah Maha Besar. Dia mendengar segala-galanya. Dalam keluh kesah yang penuh dengan air mata, akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Bukan mau mendabik dada, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya menyambung pengajian ke universiti.  Biarkan lah dengan orang yang macam tu dengan dunia mereka. Dari jauh aku tetap mendoakan agar kebenaran itu tetap kan ada. Cuma masa dan ketika yang jadi penentu. 


Itu cerita empat tahun lalu. Takkan pernah luntur dari celah ingatan. 



Sungguh.


     Rindu pada kawan lama yang tak pandai berdengki dengan sesiapa. 
                         Thanks, i miss u kak ifa :(


ME : Pedulikan kan lah apa juga yang mau dikata. Aku sungguh memaafkan.




Sunday, January 22, 2012

Kaunter @Takaful Etiqa





                                                      Tesco, Taiping



Sempena cuti Tahun Baru Cina ni kami bukak kaunter Takaful Etiqa di Tesco Taiping. Selama seminggu ni aku perlu jadi lebih peramah dari biasa, senyum dengan seikhlas hati walaupun perut tengah berdondang sayang, semuanya bagi menarik perhatian pengunjung untuk singgah ke kaunter kami. Hari pertama memang sesak dengan orang, bukan bersesak-sesak dekat kaunter kami tapi dekat dalam Tesco lah. T___T




Hari pertama, aduh payahnya nak dapat aura, masing-masing cuba pasang strategi. Hari ni kami mintak pengunjung isi borang kaji selidik dan setiap pelanggan akan diberikan sebatang pen sebagai souvenir dari Etiqa tapi maaf cakaplah, nak mintak tolong isi kaji selidik pun payah apa lagi nak suruh menyimpan dengan Etiqa. Kebanyakannya memilih untuk tidak mendengar langsung penerangan sedangkan inilah peluang diorang untuk bertanyakan dengan lebih lanjut secara terus kepada kami. 



Hakikatnya mentaliti sesetengah orang memang sangat sukar untuk berubah dan diubah.




ME : Esok hari kedua, lain pulak ragamnya.

Tuesday, January 17, 2012

Aktiviti Hujung Minggu



Hujung minggu baru-baru ni aku sekeluarga gigih meredah sawah kepunyaan orang kampung menyauk ikan di tepi-tepi parit tali air manakala abah aku melebar jala seluas yang boleh bagi memastikan tebaran mengena ikan yang besar-besar walaupun hasilnya hanya anak-anak ikan yang tersangkut di balik tali jala beliau :P



                                            Selinsing, Perak. 
Saujana mata. Hamparan padi menguning bersama angin sepoi-sepoi bahasa lalu datang sekawan burung terbang bertebaran dan... *dah dah*




   Nasib ada sekor ikan haruan sebesar lengan tersangkut, yang lain anak-anak ikan puyu. Alahai anak ikan pun jadilahh..




                      Emak dengan penapis kesayangannya keh keh



   Minit pertama cuma dapat banyak ni, dan-dan ada yang dah ajak balik rumah -____-




                  Akhirnya, puas hati tengok hasil tangkapan! *walaupun kecik-kecik je pun,err* 



ME :  Kami memang suka menangkap ikan, *tetibe* tambah kalau semua adik beradik ada. Cuti Tahun Baru Cina ni kami dah merancang untuk tangkap ikan lagi. Tak sabarnyeee!

Saturday, January 14, 2012

Minta tolong boleh?



Kawan-kawan, boleh saya tau apa cara yang paling sesuai untuk menegur orang lain? Tambah-tambah kalau orang yang nak ditegur tu orang yang hampir dengan kita? Memang lah diri kita sendiri pun banyak kelemahan tapi kesilapan yang sedang dibuatnya ni selalu sangat jadi depan mata...


Kalau tak tegur rasa berdosa pulak sebab dah jadi bersubahat. Lagi pulak kesilapan ni macam disengajakan pun ada. Sedangkan saya yang baru berumur 23 tahun ni pun tau benda tu salah sejak saya mula tau kewajipan dalam menunaikan perkara yang menjadi tiang kepada agama.




Saya pernah dengar, kalau dah berumur 40 tahun ke atas pun masih belum berubah, maknanya kebarangkalian untuk berubah tu memang payah sikit la. 



Betul kan kawan-kawan?


ME : Hmm...

Saturday, January 7, 2012

Usaha, usaha dan USAHA




Pernah melalui situasi bila mana orang lain menyalahkan diri kita apabila mereka tidak berjaya mencapai apa yang diinginkan?



Golongan seperti ini meletakkan kegagalan mereka kepada diri kita akibat diri sendiri yang MALAS nak berusaha ke arah tu. Secara peribadi, aku cukup tak berkenan dengan individu yang sebegini. Kenapa perlu menyalahkan orang lain kalau diri sendiri yang tak nak berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. (***Sindrom mencari alasan untuk melepaskan diri sendiri sangat tidak kool ok.)


Tolonglah. 




 Dulu masa baru beranak tengok macam tak boleh hidup lama. Tapi dia BERUSAHA untuk hidup.


                                "I can survive oh yeahh"!




Jadilah insan yang lebih berdikari, jangan hanya nak mengharapkan rezeki berada di depan mata kalau diri kita sendiri yang tak de kesungguhan ke arah tu. 




ME : Pokok pangkal balik pada diri sendiri jugaklah beb!

Friday, January 6, 2012

Berhenti menghukum orang lain



Sana sini orang dok mengutuk Nur Amalina Che Bakri. Tak cukup dengan surat khabar, facebook pula jadi tempat untuk masing-masing mengeluarkan segala pendapat dan hukum hakam. Seolah-olah kesalahan yang dilakukan Amalina tidak boleh dimaafkan langsung. Isunya kerana Amalina sudah hilang jati diri sebagai seorang Islam walaupun dikatakan cemerlang dalam pelajaran.




                                     Nur Amalina Che Bakri


Kawan-kawan yang disayangi, usahlah menjadi terlalu negatif, mana tau satu hari nanti Allah memberi hidayah buat dia dan dia menjadi muslimah yang baik berbeza dari apa yang kita lihat sekarang. Sesungguhnya, hidayah itu adalah fitrah yang Allah S.W.T berikan kepada semua makhluk ciptaan-Nya. Lantas, berdoalah semoga kita umat Islam diberikan hidayah oleh-Nya untuk menjadi muslim yang lebih baik dan bukannya mengutuk dan saling mengeji. Berilah nasihat secara berhemah menggunakan pendekatan yang sesuai. 
Bukankah itu yang lebih baik?




Cukup-cukuplah dengan segala tohmahan dan kejian yang dilemparkan. Itu urusan dia dengan Allah S.W.T.



Siapa kita untuk menghukum dia?



ME : Manusia sememangnya membuat khilaf. Tapi percayalah masih ada ruang dan peluang untuk memohon keampunan dari-Nya.

Aku Juga Mampu



Sejujurnya aku sangat cemburu dengan orang lain yang saling berbalas-balas status dengan pasangan masing-masing dalam Facebook, Twitter ataupun apa jugalah yang lain. Tapi, pada masa yang sama aku malu. Malu bila terlalu mendedahkan hubungan kita dengan pasangan, tiba-tiba hubungan tu putus di tengan jalan...Ah! malunya...



Jadi aku ambil langkah selamat. Aku pesan kepada yang berkenaan, kalau boleh janganlah terlalu galak bercerita tentang hubungan yang terjalin sebab kita belum ada apa-apa ikatan yang sah lagi. Kalau kita bercinta bagai nak rak pun tapi kalau dah bukan jodoh kita, terima jelah hakikat tu walaupun payah.



                     
                                 Bear ni macam awak.



Untungnya dia punya fikiran yang sama. 



Biarlah kita takde 'in relationship' dalam wall FB awak...
Biarlah kita takde gambar kenangan berdua dengan awak...
Biarlah kita susah nak keluar berjumpa awak...
Biarlah orang tak tau kita dengan awak...
Biarlah kita tak pernah tayang-tayang awak...



Biarlah semua tu...



Paling penting, KALAU lah hubungan ni tak berlaku macam yang dirancang, kita dengan awak tak menanggung malu...



Itu yang paling penting, kan awak?



ME :  Sekadar peringatan untuk diri sendiri.


Tuesday, January 3, 2012

Dilema Nama



Kalau dulu setiap kali ada orang tanya nama penuh aku mesti orang tu akan berkerut dahi. Sebab apa? Sebab diorang cakap nama aku macam orang lelaki. Sampaikan ada yang ingat aku ni lelaki kalau cuma tengok pada nama tapi bila jumpa berdepan, Oh! perempuan rupanya. 


Ni situasi biasa bagi aku.


Mungkin sesetengah orang ingat nama aku takde maksud tapi yang sebenarnya nama aku tetap punya maksud yang baik-baik. 



                            Nama pendek lebih senang nak sebut kan?



"Kesenanganku".



Tulah maksud nama aku. Walaupun takde 'Nur', 'Nurul', 'Siti' atau "Noor', nama ni dah banyak bawak tuah dan kejayaan pada aku. Dah hampir 24 tahun aku guna nama ni dan setakat ni walaupun ada yang cakap nama aku pendek sangat tapi aku tak kisah. Lagi senang nak ingat kan?





ME : Apa ada pada nama.