Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Zaman Baju Putih

Teringat zaman sekolah dulu. Tingkatan Dua sampai habis Tingkatan 6 Atas aku masih berada di sekolah yang sama. Bila lalu kat jalan depan sekolah lama aku tetap curi-curi pandang sebab kat sekolah ni aku belajar banyak benda kat sini. Waktu sekolah dulu aku tengok kawan-kawan aku semuanya baik-baik. (walau tak semua yang aku jumpa baik huu..)
 
 


 Dulu nampak comot, pakai tudung pun senget tapi sekarang bila jumpa mak aii..aku pun tak dapat nak cam diorang dah. Sekarang masing-masing bergaya kalah model. Masing-masing jugak dah makin cun-melecun dan kulit makin putih. Lagi best, ramai yang dah kahwin. *ehem*
 

 

Kenangan masa zaman persekolahan memang best. Aku ingat lagi masa sekolah dulu cikgu-cikgu kat sekolah memang friendly sangat dan aku memang rajin pergi sekolah (satu lagi sebab kat sekolah lama aku banyak cikgu lelaki muda yang hensem hekhek *gedik*)


ME : Masa kecik dulu paling malas pegi tadika. heh.

Monday, January 17, 2011

Konvensyen Mahasiswa Anak Perak

Semalam aku bersama 6 lagi anak Perak UKM menghadiri Konvensyen Pemimpin Pelajar & Mahasiswa Anak Perak kat UiTM Seri Iskandar, Perak. Disebabkan terlampau eksaited aku pun tak tidur malam dan mandi pukul 2.45 pagi. Kemain gigih aku bersiap awal.   

Kitorang bertolak awal pagi, dalam pukul 5 dan sampai sana dalam pukul 9 pagi pagi ngam-ngan dengan waktu pendaftaran.
Fuh! memang laju gila abang driver van tu bawak sampai kitorang asyik melambung-lambung dalam van. Nasib la muka dia boleh tahan manis jugak, takde la aku yang duduk belakang dia rasa nak marah sangat :P
 
Macam biasalah bila dah pergi ceramah ke, taklimat ke, mestilah buat kat dewan besar kan. Tambah-tambah pulak bilangan peserta yang dijemput ramai. Semalam ada 19 IPTA dan IPTS yang hantar peserta masing-masing. Ada yang datang bawak 2 bijik bas kami je yang bawak 1 van.   

Bila dah duduk dalam dewan besar beserta suhu sejuk yang melampau mulalah kan mata ni nak terpejam je (-__-)  tapi aku tahan jugak sebab ceramah yang mula-mula ni best. Orang yang sampaikan ceramah ni merupakan Pengarah Biro Tata Negara Perak. Tambah-tambah pulak ramai budak-budak lelaki dari U lain takkan la nak tidur kut *ceit :P

Bersama Menteri Besar Perak. UiTM Seri Iskandar, Perak

Konvensyen diteruskan lagi lepas break untuk makan dan solat. Bila dah makan kenyang-kenyang ni tau jelah mata makin lama makin berat. Tapi aku tahan je mata ni dari terpejam. Haruslah kan, dah sehari suntuk aku tak tidur. T___T

Tepat pukul 3.30 Menteri Besar Perak datang. Aku ditugaskan untuk jadi perwakilan UKM duduk diatas pentas bersama-sama dengan VIP lain. Dah duduk atas pentas ni lagi la, nak pejam mata memang tak boleh. Cameraman kat bawah kiri kanan asyik ambil gambar dan ada 2 skrin besar kat bawah yang memang fokus betul-betul kat kami yang ada atas stage. Sederet dengan aku semua budak-budak lelaki dari 9 IPTA lain. Kiranya akulah satu-satunya perempuan tunggal yang dikelilingi jejaka-jejaka lain *ehem* (jangan marah soulmate, u tetap dalam hati I)

Konvensyen berakhir lewat petang. Kami pun bersiap-siap untuk pulang. Bukan ke UKM tapi ke Lumut untuk ambil gambar kenang-kenangan. Kemudian kami pun cari kedai makan kat Pangkor untuk mengisi perut yang memang dah lama menjerit minta diisi.

Seronok tengok pemandangan waktu ni

Muka-muka ceria menahan lapar :P

Siakap 3 rasa ni memang superblah!
Mari! mari! Borong banyak-banyak untuk dibawa pulang kepada
keluarga, sanak saudara serta yang tersayang

Dan diakhiri dengan photogediks ni walaupun dalam van yang sarat dengan penumpang...
.
.
.
.
.

:P


ME : Masih terasa kepenatan walaupun dah tidur beberapa jam siang tadi.

Sunday, January 2, 2011

Menghitung Hari

Aku mulakan entri ni dengan semangat yang berkobar-kobar. Pertama, sebab semangat nak ber'blogging' macam orang lain. Kedua sebab aku dah masuk final year jadik nak la jugak mencurah rasa atas blog cabuk ni sepanjang tiga tahun bergelar student ni.

Hmm. Dah nak hampir tiga tahun bergelar student ni banyak ajar aku tentang berdikari. Dikelilingi pulak oleh rakan-rakan yang pelbagai ragam kadang-kadang buat aku terfikir susahnya nak carik kawan yang betul-betul baik dengan kita. Eh, eh jap. Ada sorang ni aku rapat sangat dengan dia. Haa..ni dia orangnya..


Jeng..jeng..jeng...



Bersama kawan baik, Afifah Hanani Yusuf. Dulu, kini dan selamanya. Ewah.


Adik aku cakap muka kami nampak sama. Eh yeke? Sama sebab kitorang sama-sama kuat makan kut :P



Kami macam adik- beradik kan? Walaupun muka semua langsung tak sama :P


Dalam diam tak diam dah nak habis pun tempoh tiga tahun kat sini. Sedihnya nak tinggalkan tempat aku menimba ilmu selama ini T____T .

Kolej Zaaba, UKM


Dekat kolej ni la aku makan, tidur,mandi dan lari kejar bas sebab terlambat (eh, eh :P ). Walaupun yuran kolej agak mahal berbanding kolej lain yang ada kat sini tapi tetap puas hati dengan kemudahan yang ada (walaupun kemudahan wifi lembab sikit er.. er...)

ME : Teringat masa baru masuk UKM dulu, asyik call mak cakap nak balik :P