Thursday, February 24, 2011

Inilah sikap orang kita...


Pagi tadi masa tengah belek Utusan Malaysia aku tertarik dengan satu berita ni. Seorang pemandu treler yang membawa muatan beras kemalangan dengan sebuah lori pasir di Ipoh semalam. Lebih tragik apabila mangsa dibiarkan terbaring di atas jalan raya selama sejam tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Dilaporkan kelindan lori tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah. Takziah kepada keluarga mangsa.


        AHMAD Rodzlin Ahmad Murad ditemani adiknya, Putra Mohd.Ahmad Murad menunjukkan paha kaki kirinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, semalam. Berita penuh di SINI
 
Namun yang menjadi kekesalan aku ialah sikap masyarakat kita. Orang ramai bukannya sibuk membantu sebaliknya sibuk mengutip beras yang bertaburan di atas jalan raya. Bayangkan dengan keadaan mangsa yang cedera parah, sepatutnya mangsa diberi pertolongan segera namun sikap pentingkan diri masyarakat kita melebihi segalanya hatta yang melibatkan nyawa sekalipun. Sudahlah tidak menghulurkan bantuan, malah kelam kabut mengutip beras yang bertaburan di atas jalan malahan beg dan telefon bimbit mangsa juga diambil. 

Ironinya, aku  terfikir tentang sesuatu. Semakin hari nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat kita semakin hilang akibat ketamakan mengejar harta benda. Manusia menjadi semakin rakus untuk memenuhi keinginan diri sendiri hatta di hadapan mereka ada golongan lemah yang sedang bertarung dengan nyawa dan sangat memerlukan pertolongan dari mereka.

Inilah senario yang berlaku kini. Keinginan, nafsu dan harta kini lebih utama. Manusia semakin hilang  kewarasan apabila minda telah dikuasai dengan pangkat dan harta. Nilai inilah sebenarnya yang menjadi  barah kepada pelbagai permasalahan manusia.



ME : Beginikah sikap sebenar masyarakat kita?


8 comments:

  1. ♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
    TERIMA KASIH ATAS.. KUNJUNGAN ANDA
    (_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Terima kasihhh atas kesudian kunjungan balas anda ... kami amat hargai... Thanks dan terharu..

    ishhhh sekang orang mmg tak berperi kemanusiaan pun

    ReplyDelete
  2. afzainizam : tq too for droppin by. manusia ni makin hilang nilai kemanusiaan kan?

    ReplyDelete
  3. kesiannya...dah la org ramai collect beras tu ramai2...sampai hati dieorg collect beras, padahal ada org kene tolong

    ReplyDelete
  4. Edy : Kan? Teruknya diorang ni. bukan nak tolong orang dulu tapi lebih mengutamakan diri sendiri

    ReplyDelete
  5. mungkin diorang miskin kut...
    tak mampu nk beli beras....
    beras itu sangat berharga...

    ReplyDelete
  6. awak yg bernama z : Hmm, nyawa org yg dlm kesusahan lebih penting dari nilai sekampit berat

    ReplyDelete
  7. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    mmg kalau tak ade orang tolong.... pasal aku pernah tolong orang acsident yang lain hanya tengok ajerrr tak buat apa2

    ReplyDelete
  8. afzainizam : yeke. diorang ni kalau takat tengok baik xpayah

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA