Showing posts with label randomness. Show all posts
Showing posts with label randomness. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Minta tolong boleh?



Kawan-kawan, boleh saya tau apa cara yang paling sesuai untuk menegur orang lain? Tambah-tambah kalau orang yang nak ditegur tu orang yang hampir dengan kita? Memang lah diri kita sendiri pun banyak kelemahan tapi kesilapan yang sedang dibuatnya ni selalu sangat jadi depan mata...


Kalau tak tegur rasa berdosa pulak sebab dah jadi bersubahat. Lagi pulak kesilapan ni macam disengajakan pun ada. Sedangkan saya yang baru berumur 23 tahun ni pun tau benda tu salah sejak saya mula tau kewajipan dalam menunaikan perkara yang menjadi tiang kepada agama.




Saya pernah dengar, kalau dah berumur 40 tahun ke atas pun masih belum berubah, maknanya kebarangkalian untuk berubah tu memang payah sikit la. 



Betul kan kawan-kawan?


ME : Hmm...

Saturday, December 24, 2011

Pemanas air maut?

                     




        Aku baca tajuk ni banyak kali nak carik siapa yang maut -__-




Selalu sangat dalam surat khabar, tajuk lari dari maksud yang ingin disampikan sampaikan kadang-kadang tajuk berita tidak selari dengan kandungannnya. Sebab tu kita jangan percaya terus dengan tajuk berita, kena baca dahulu kandungannya barulah boleh buat kesimpulan. Contoh macam tajuk dia atas nampak jelas sangatlah (-_-').



ME : Besarnya pengaruh penulisan wartawan ke atas orang lain.

Saturday, November 19, 2011

Buat Si Penjaja Cerita




Entri ni aku buat  untuk si penjaja cerita (bukan penjaja jajan ok). Ni untuk yang suka sangat nak menjaja cerita orang sampaikan hal 'dalam kain' orang pun dia sibuk nak ambil tahu.


Aku sebenarnya rimas dengan orang-orang yang berperangai –suka-jaga –tepi- kain- orang- tapi -kain sendiri -koyak –rabak- dia -tak -nampak.  Jenuh aku nak eja satu-satu kut. Heh.

Alkisahnya bermula bila aku menyewa kat sebuah kawasan perumahan yang rata-ratanya memang orang Melayu. Aku mula  menyewa kat situ disebabkan tawaran kerja sebagai seorang wartawan. Erkk.(Kenapa aku tak nak kerja wartawan klik entry ni).


Berjiran dengan orang yang dah berkeluarga paham-paham jelah macam mana. Kena pulak jiran rumah aku ni memang orang yang sangat lah nak ambil tau hal orang lain walaupun aku tak pernah sibuk nak tanya hal rumah tangga dia. Bermula dari takde masalah makin besar pulak masalah bila housemate aku pulak ada krisis dengan jiran sebelah. Maka bermulalah perang dingin yang bagi aku kalau tak dibendung akan menyebabkan tercetus pulak perang saudara. 


Tiap-tiap hari ada je benda yang nak ditanya sampaikan aku kadang-kadang jadi bosan. Bukan apa, soalan yang ditanya tu pulak lain macam bunyinya. 

                                                Think before talk



Bagi aku, kalau dah orang tak cerita, tak payahlah sibuk-sibuk nak tanya. Buat orang meluat lagi adalah. Aku pulak jenis yang tak suka nak ambil tahu hal orang melainkan si empunya badan yang datang bercerita masalah dia kat aku, selagi tak membebankan, aku layankan jelah.

Ni baru kenal dah melebih-lebih pulak nak jaga tepi kain orang  sampaikan aku yang tak terlibat alih-alih terpalit sama. 


ME : Berjiran biar beribu bercinta biar satu.



Thursday, March 31, 2011

Apa makna di sebalik APRIL FOOL?


Setiap tahun tarikh 1 April pasti akan disambut oleh segelintir dari kita sebagai hari untuk mengenakan orang. lain. Tapi banyak dari kita yang tidak menyedari makna di sebalik April Fool itu sendiri. Sempena kedatangan 1 April pada esok hari, disini diterangkan apa makna di sebalik tarikh untuk mempebodohkan orang itu...





"Jika kita kaji sejarah, Fool’s Day atau April Fool ini mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuas hati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Dalam kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuas hati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari (1 April).

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki, perempuan atau kanak-kanak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan mereka. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia."



Sekadar renungan, pernahkan anda terfikir tidakkah berdosa kita mempermainkan dan menyusahkan orang atas alasan hanya untuk berjenaka?





ME : Cuma sambut hari lahir pada 1 Februari

Thursday, March 10, 2011

Wahai Si Pengkritik


Aku tak faham kenapa ramai orang dalam dunia ni suka sangat nak mengkritik orang lain.

Kalau kritikan yang membina takpe jugak. Tapi ni dah masuk kepada kritikan yang boleh melemahkan semangat orang lain. Kena pulak jenis mulut 'puaka', memang panas telinga nak dengar.

                                                Watch your words!


Orang yang jenis suka mengkritik orang lain ni tak boleh dibiarkan sangat. Kadang-kadang perlu jugak untuk melawan. Bukan melawan bergaduh bertumbuk bagai tapi melawan untuk mempertahankan hak kita. Mereka yang bermulut puaka ni kadang kala cuma pandai mengkritik hasil kerja orang lain tapi bila disuruh buat pandai pulak nak mengelat. Bila kita dah buat kerja kita, hasilnya semua benda tak kena di mata dia.

Aku memang pantang dengan orang yang macam ni. Jangan ingat orang lain takde perasaan. Kalau orang tersebut diam bukan bermakna dia lemah tetapi dia cuba elak untuk terus memanjangkan hal itu. Tapi masalahnya semakin kita diam semakin melampau pulak orang tu.

Bagi aku melawan tu penting tetapi perlulah dengan cara yang berhemah. Jangan disertai dengan makian atau cercaan. Jangan biarkan sebelah pihak tersebut mencaci, menghina diri kita andainya perkara yang diperkatakan itu jelas bertentangan dengan diri kita. Orang yang gemar mencari kesalahan orang lain ini sebenarnya lemah, dia akan terus-terusan mencari kesalahan orang lain kerana takut sekiranya kelemahan dirinya terbongkar.

Mengkritik orang lain perlu berpada-pada. Kata-kata yang digunakan  untu mengkritik juga perlulah beralas. Jangan sampai orang yang dikritik terus hilang semangat. Awak tu pun bukanlah sesempurna mana. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.



ME :  You cannot please everyone. Please yourself first.

Friday, March 4, 2011

Jangan buat kami begini

(Masuk hari ni aku pun tak tau ntah  kali keberapa dalam bulan ni kolej aku takde air)

Pagi ni kejadian sama berulang lagi. Bayangkan, aku bangun pagi-pagi nak mandi pergi kelas pastu bukak paip..eh..eh..mana air ni? Bermimpikah aku lagi? Gosok-gosok mata yang penuh taik mata sambil tangan pusing pili lagi... sah! memang air takde lagi... Arghh!  -_-


Memang tensen kut. Alih-alih mood nak pergi kelas pun hilang. Serius, tanyalah mana-mana student pun, kalau air takde mesti diorang tak nak pergi kuliah terutama bagi budak perempuan :P (budak lelaki mungkin tak kisah kut huu)

Kena pulak kalau kat tempat aku ni water shortage ni biasa sampai malam. Pernah terjadi hampir dua hari. Pihak pengurusan kolej sila lah ambil perhatian. Kami bayar yuran kolej mahal tapi air selalu sangat takde.  Sepatutnya kalau dah bayar mahal-mahal, service mestilah baik.

Yelah, cuba bayangkan korang bangun pagi semangat nak pergi kelas tapi akhirnya hasrat nak pergi kuliah terbantut cuma disebabkan takde air.

Tapi bagi yang semangat kental macam aku *ehem* tetap jugak bersemangat pergi kuliah walaupun tak mandi pagi ehehe!!


                 Dan terus ke Secret Recipe walaupun tak mandi pagi :P


ME : Masih bersabar.

Thursday, February 24, 2011

Inilah sikap orang kita...


Pagi tadi masa tengah belek Utusan Malaysia aku tertarik dengan satu berita ni. Seorang pemandu treler yang membawa muatan beras kemalangan dengan sebuah lori pasir di Ipoh semalam. Lebih tragik apabila mangsa dibiarkan terbaring di atas jalan raya selama sejam tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Dilaporkan kelindan lori tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah. Takziah kepada keluarga mangsa.


        AHMAD Rodzlin Ahmad Murad ditemani adiknya, Putra Mohd.Ahmad Murad menunjukkan paha kaki kirinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, semalam. Berita penuh di SINI

Saturday, February 19, 2011

Lights, Camera Action!

Minggu depan kat tempat aku ada dinner kolej. Aku tengah fenin ni nak carik baju apa yang paling sesuai untuk aku pakai nanti.

Dengan tema Lights, Camera Action! yang ala-ala glamer tuh, aku pun start la google beberapa fesyen yang aku rasa sesuai. Tapi hampeh semua pelik-pelik. Setelah penat google, ni hasil yang aku jumpa..

 Fashion apa ni eh? Euuwww!


 
Omaigod! Ni dah macam pasu bunga atas kepala :P
Erk! Motip designer ni buat baju tutup mulut?


Aku selalu terfikir, baju yang diorang selalu design pelik-pelik ni ada orang nak pakai ker? Sah-sahlah takde orang yang berminat nak pakai kan?




ME : Suka pakai baju kurung masa hari raya. 

Friday, February 11, 2011

Say NO to Valentine's Day!

Tiap tahun, tanggal 14 Februari merupakan tarikh yang paling ditunggu bagi pasangan yang bercouple. Kononnya tarikh ni merupakan hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan masing-masing dengan memberikan hadiah seperti bunga, coklat dan sebagainya. Aku tak pernah sambut valentine so aku pun tak tau orang bagi hadiah apa lagi masa Valentine's Day ni.

Ramai mungkin yang  tahu bahawa haram menyambut perayaan ini namun masih ramai jugak masih melakukannya.






Sejarah valentine day (valentine nama paderi yer…)

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. 

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah tangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu. Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati.

Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan “Love from your Valentine”. Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day (Sumber : tHe KakaRocT)

Hmm..tapi satu perkara yang pasti pada tarikh ni jugaklah yang memberi  peluang kepada pasangan-pasangan di luar sana terjerumus ke arah banyak perkara  terlarang.

Nauzubillah. Semoga aku serta umat Islam di luar sana sentiasa dilindungi oleh Allah serta terhindar dari melakukan sebarang perkara yang boleh menyesatkan.


ME : Salam Maulidur Rasul