Tuesday, February 14, 2012

Tolonglah...



Apakah benar manusia lupa
Berubah kerana harta dunia
Ya aku juga bisa berkata
Kerana aku insan biasa


Apa lagi yang mampu ku cuba
Sudah cuba sehabis daya
Andai diri bukan pilihan nyata
Relaku berundur dari sengsara


Sudah-sudahlah memendam rasa
Kelak hati sakit jiwa merana
Namun andai itulah takdirnya
Akan ku tabah harung segala


                        It was REALLY hurts when you need to hate others. Enough.



ME : Sampai bila?

Friday, February 10, 2012

Motivasi Pagi



Lama tak merapu dekat blog sendiri. Macam-macam yang aku nak ceritakan tapi aku bukan jenis yang sehari dapat buat satu entri. Kekadang sebulan dapat buat 2-3 entri je pun tu pun merapu je banyak. Kut-kut la nak masuk kan unsur ilmiah sikit kan -___-


Pengalaman betul-betul mengajar seseorang untuk jadi lebih matang. Berdepan dengan macam-macam kerenah orang setiap hari masa buat sale takaful buat aku kadang-kadang rasa down sangat, tapi kalau dah cari makan dengan kerja ni, telan jelah semua. Pengalaman kena tipu, kena perli, kena tackle..ehh? semuanya dah rasa. 


Bab kena tipu paling meninggalkan kesan. Lepas ni kalau kena tipu dengan customer aku dah boleh terima dah sebab pengalaman lepas memang mengajar kita untuk jadi lebih matang kan :). Boleh jadi musuh utama yang menyebabkan kita gagal mencapai matlamat yang diidamkan adalah berpunca dari diri kita sendiri. Jadi cara terbaik adalah berani bertindak :).


                                (Maaf gambar tiada kaitan dengan entri) 

    Harap-harap dapat la anugerah isteri mithali pulak nanti. eh eh :P



ME : Setiap hari berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Saturday, February 4, 2012

My McFlurry



Kali ni aku nak kongsikan resepi McFlurry ala-ala McD. Rasanya memang manis sangat tapi sedappp sampai menjilat sudu hehe!.  Kalau makan time panas terik, alangkah indahnya tekak. Tak percaya cubalah!

                                            My very own mcflurry! Nyummm!

Bahan-bahan:

3 Peket biskut oreo
1 gelas susu segar Dutch Lady
1 bekas ais krim vanilla



Cara-cara:
Masukkan biskut oreo ke dalam blender. Kisar bersama dengan ais krim dan juga susu segar.Tuang ke dalam bekas. Ambil lebihan biskut oreo tadi. Hancurkan dan taburkan di atas ais krim tadi. Masukkan ke dalam peti ais. Bila ais krim dah keras, sedia untuk di makan. Ngaaappp! :P


ME : Semangat berkobar-kobar untuk tunggu esok! hehe!

Friday, February 3, 2012

Anjakan Paradigma


1 Februari lepas cukup umur 24 tahun. 



Err. Rasa agak berusia berbanding masa umur 23 tahun dulu :P 



Bila masuk umur baru tapi masih belum punya kerja tetap merupakan petanda awal diri berada di tahap kritikal. Kritikal sebab masih bergantung pada mak dan abah. Masih tinggal di rumah keluarga, makan pakai ditanggung dan berak pulak di jamban cangkung. Eh.


Next please.


Tahun ni takde sambutan berupa sebijik kek dengan lilin paling kurang 7 batang menyala atas kek sambil berlumba-lumba dengan adik-beradik yang lain untuk lawan tiup siapa yang dapat padamkan lilin paling banyak. Itu semua cerita 20 tahun lepas. 



Ni cupcakes tahun lepas aku buat untuk sambut birthday beramai-ramai. Walaupun tak cantik tapi ramai yang puji sedap!



Tak lupa jugak kenangan kek hari jadi aku terbalik gara-gara terlebih eksaited untuk tiup lilin. Kisahnya, aku pergi dapur untuk keluarkan kek dari peti ais, baru je nak pusing adik aku lebih dulu menerpa depan aku. Alih-alih kek terjelepuk depan peti ais. Abah gelak terkekek-kekek kat aku. Sampainya hati! (-__-').


Sumpah aku marah sangat kot time ni. Grrrr!.



Maaf, aku baru perasan tajuk lari dari entri!


ME : Tahun ni mak belanja makan kepsi sambil kitorang makan dekat Taman Tasik Taiping. Kool kan?