Thursday, March 31, 2011

Apa makna di sebalik APRIL FOOL?


Setiap tahun tarikh 1 April pasti akan disambut oleh segelintir dari kita sebagai hari untuk mengenakan orang. lain. Tapi banyak dari kita yang tidak menyedari makna di sebalik April Fool itu sendiri. Sempena kedatangan 1 April pada esok hari, disini diterangkan apa makna di sebalik tarikh untuk mempebodohkan orang itu...





"Jika kita kaji sejarah, Fool’s Day atau April Fool ini mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuas hati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Dalam kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuas hati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari (1 April).

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki, perempuan atau kanak-kanak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan mereka. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia."



Sekadar renungan, pernahkan anda terfikir tidakkah berdosa kita mempermainkan dan menyusahkan orang atas alasan hanya untuk berjenaka?





ME : Cuma sambut hari lahir pada 1 Februari

No comments:

Post a Comment

KATAKAN APA SAJA