Tuesday, March 15, 2011

Grooming With Cosmopolitan


Entri ni merupakan sedutan hasil seharian menapak ke kelas grooming bersama majalah Cosmopolitan. Wah, kelas gitu. Sekarang ni tak main dah pergi kelas belajar masak-memasak ke, buat cup cakes ataupun menghias kek tapi lagi minat nak pergi kelas make up -_-

Aku bangun pagi-pagi dengan penuh semangat hari minggu pulak tuh untuk pergi kelas grooming ni. *Ok, sila jangan percaya*. Kelas yang patut mula pukul 12 dilewatkan ke pukul 1 petang apabila semua pihak baru sibuk nak set up dewan. Kami yang dah sampai dari jauh *tipu bilik aku sebelah dewan* ingat lepas daftar boleh lah carik tempat duduk yang depan sekali dengan harapan dapat tengok cara-cara untuk make up dengan jelas. Hampir 40 minit menunggu barulah kami dibenarkan masuk ke dalam dewan. Fuh, peluh kut ketiak menunggu.

Sesi grooming dimulakan dengan cara-cara nak buat smooky eyes. Ni make up khas untuk pergi  dinner yer adik-adik. Kat sini ada beberapa gambar yang sempat disnap buat pembaca tersayang hihi!


Lets pictures tell you the story!


                Make up artist, Cindy bersama model yang sebijik macam
                                                     Lisa Surihani


                Mini booth untuk sape-sape yang minat nak make up



                                                Sesi touch up mentouch up


                          Lai lai make up meh! Kata amoi ni kepada kami


Lepas habis demo make up untuk dinner ada ala-ala pertunjukan fesyen gitu. Beberapa orang model yang dah memang sedia cantik pakai baju dengan kasut untuk tunjuk kat peserta pakaian yang sesuai untuk dinner. Ada beberapa tips yang sempat diberi oleh Izza Safinas, editor Cosmopolitan supaya penonton tak jadik mangsa fesyen. Terutamanya pemilihan baju dan warna yang sesuai untuk dinner. Elakkan aksesori yang terlampau sarat dan fesyen tudung boleh dipelbagaikan dengan macam-macam gaya terkini.


                         Editor Cosmopolitan bagi tips untuk baju dinner



 Dinner attire for men


            Muka ni awal-awal lagi dah ada kat depan dewan. heh.


                       Bilalah boleh dapat goodies bag kat belakang ni -_-
                                              Kata aku dalam hati


                     Bersama editor Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim


Overall, best jugak sesi grooming ni walaupun duduk berjam-jam dalam dewan. Selain tu seronok sebab dapat goodies bag yang ada macam-macam barang free serta majalah CLEO. Lain kali kalau ada kelas grooming aku memang nak pergi lagi. Tak gitu kengkawan?


Credit pitcures : Afifah Hanani Yusuf


ME : Masih tercari-cari lagi baju untuk dinner huu

5 comments:

  1. amboi/ dah blajar mekup. tehee. nanti jgn lupe apload pic dinner tu


    ehem dpt tak goodies bag tu?

    ReplyDelete
  2. ezan : lebih dari dapat..dah nak habes pun barang dalam goodies bag tue kite guna :P

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA