Wednesday, March 30, 2011

Bila Otak Dah Overload


Hidup aku kini terumbang-ambing. Mandi tak basah, tidur langsung tak lena. Tapi makan tetap kenyang.

Simpton-simpton awal untuk histeria satu badan ni memang dah lama ada.

Hari ni rasa macam dah nak terkeluar pulak kepala otak ini. Ok, tu tipu.

Sebenanrya tinggal lagi 20 hari sebelum kena hantar tesis. Hampir dengan final exam jugak. Dan sekarang aku sedang tekun menelaah segala buku yang ada untuk pastikan tesis ni dapat disiapkan pada waktunya. Tetibe aku jadik sangat rajin untuk baca segala buku pasal blog politik walaupun yang sebenarnya aku lagu suka baca blog pasal gosip artis -__-

Aku ingat tahun akhir boleh lah nak rilek-rilek sikit atau mungkin pergi bercuti menenangkan fikiran di tepi pantai sambil melihat ombak perlahan-lahan menghasilkan buih-buih putih di samping angin sepoi-sepoi bahasa. Hoi, dah la tuh. Err..

Dalam waktu yang tengah genting ni jugak lah aku kena pergi latihan teater untuk kitorang punya wajib major. Berlakon atau tak tetap kena datang setiap hari dari pukul 6 petang sampai 10 malam kat fakulti. Aku jadi emcee lagi (diorang tak nak amik aku berlakon tatau pasal apa :p).

Tapi kali ni beza dengan majlis yang biasa aku handle. Ni sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Sekarang aku tengah giat menghafal skrip bagai supaya nanti takdelah asyik tersalah sebut.
Rehearsal kat Panggung Seni UKM


                                      Sedang berlatih sambil makan


Hari ni kuliah terakhir yang aku pergi. Mak aii, dah 3 tahun rupanya aku jadik mahasiswi kat Universiti Kebanggaan Malaysia ni. Selama tuh jugaklah aku tak sedar yang masa bergerak sangat cepat sampikan aku rasa baru sangat daftar untuk masuk UKM. Tiga tahun berlalu dengan sangat cepat.

Kalaulah masa dapat berputar kembali. Seronok kot jadik budak u ni walaupun banyak benda kena buat sendiri. Kat sinilah nak belajar berdikari pun selalu kat sekolah cikgu yang buatkan semua benda huu.


                     Kenangan sebagai 1st Year students July 2008


Ok, aku nak terus buat tesis ni. Harap dapat update blog untuk teater minggu depan.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya. InsyaAllah!



ME : Hati akan tetap di UKM (dan si dia *ehem*)





5 comments:

  1. sabar jela...dugaan je 2...

    ReplyDelete
  2. nani : eh eh pandai btl dia teka :P

    zaf : haha! tengkiu awak!

    ReplyDelete
  3. ezan : ye kite selalu minum milo utk jadi lebih sehat dan kuat! :P

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA