Sunday, March 20, 2011

Good Luck Haiqal and Ida!


Keputusan SPM 2010 dijangka keluar pada Rabu depan iaitu pada 23 Mac 2011. Ni  kenyataan yang dikeluarkan menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Berdebar pulak aku rasa sementara nak tunggu keputusan keluar. Eh eh, ni sapa yang sebenarnya nak ambil result ni -__-

Kepada adik sedara lelaki yang sorang ni, Haiqal semoga dapat keputusan cemerlang. Sama juga kat adik Ida Noraiza...

Haiqal satu-satunya adik sedara lelaki yang paling tua. Yang lain semua kecik-kecik lagi. Kalau ada kenduri apa-apa kat rumah Atuk, Haiqal la yang jadi mangsa. Kesian jugak tapi nak buat macam mana, kitorang ada lebih ramai sepupu perempuan. Sepupu lelaki semua belum cukup umur lagi. Paling-paling tidak pandai pun budak-budak kecik ni pergi tangkap ikan dalam parit kat depan rumah Atuk.  heh.

Haiqal baru lepas operate tulang bahu sebelum cuti Tahun Baru Cina lepas. Tulang bahu dia terkeluar lepas berlaku insiden di luar kawalan masa tengah main ragbi dekat sekolah. Sekarang nampak dah makin sihat. 

Adik Ida pulak baru habis tiga pulan latihan PLKN kat Kem Sentosa, Tapah. Sama dengan kem PLKN aku dulu...


                        Haiqal memang berkali ganda tinggi kan -_-


                                              All the best adik Ida!


Abah aku panggil Haiqal ni Syamsul Yusuf sebab abah cakap muka Haiqal dengan Syamsul lebih kurang sama. Iyolah tue abah :P



ME : Semoga kalian berdua akan terus berjaya

2 comments:

KATAKAN APA SAJA