Friday, December 23, 2011

Perihal Cita-cita



Dulu masa kecik aku antara yang pernah bercita-cita nak jadi penyanyi keh keh. Kononnya bila jadi penyanyi dapat pakai baju cantik-cantik, dapat beli kereta besar dan dapat hidup dalam rumah mewah. Aku cukup seronok bila tengok kehidupan artis yang nampak sangat mudah, cuma menyanyi satu dua lagu dah boleh dapat duit beribu-ribu. Banding dengan orang biasa, yang kerja dari pagi sampai ke tengah malam dan sampai berpeluh-peluh ketiak  pun tapi dapat gaji cuma cukup-cukup makan.  Heh.



           Dulu aku minat gile dengan CT. Siap gunting gambar die tempek dalam buku -__-



Tapi tu pandangan 15 tahun lalu masa aku masih belum kenal erti kehidupan. Dalam zaman sekarang, kerjaya yang melibatkan artis ni tak lagi menjadi minatku. Aku cuma berminat menjadi pemerhati tambah-tambah kalau tengok zaman sekarang, kehidupan artis makin lama makin buat aku hilang minat. Memang betul lah, artis sememangnya tidak boleh dijadikan sebagai role-model. Yang boleh dijadikan contoh pun tak banyak.



Masuk sekolah sekolah menengah aku tukar cita-cita nak jadik penulis novel. Ingat lagi,masa lapang aku habiskan dengan menulis cerita cinta lepas tu bagi kawan-kawan dekat sekolah baca sampai jadi konyok kertas tu. Punyalah kawan-kawan aku sibuk menelaah novel kontot  aku tulis sedangkan masa tu kami semua sibuk nak ambil PMR. Sampai sekarang aku simpan lagi semua cerita yang pernah aku tulis dulu. Banyak kenangan kut :P.


      Cerpen pertama aku yang berjaya masuk SKOR, Berita Harian keluaran Julai 2006



Masuk universiti aku tukar pulak cita-cita nak jadi pegawai kerajaan. Pergi exam PTD dengan harapan dapatlah tempat memandangkan aku pergi tanpa ada mana-mana kabel penyambung. Tapi hampa. Aku tak lepas ke peringkat seterusnya. Nak buat macam mana, rezeki aku bukan dekat situ nampaknya. 





ME : Rezeki manusia berbeza-beza. Hanya mampu berdoa pada Yang Esa semoga segalanya dipermudahkan-Nya. Amin.

4 comments:

  1. Cita2 boleh berubah mengikut keadaan semasa...kan....

    ReplyDelete
  2. ZA : yes,faktor persekitaran juga buat keputusan kita berubah mengikut kehendak semasa. tq for droppin' by.

    ReplyDelete
  3. leli,jihan rasa macam pernh baca je cerpen tu.hehe.xpe,mungkin belum rezeki.ALLAH ingin menguji tahap kesabaran leli.semoga dipermudhakan segala urusan.

    ReplyDelete
  4. jejan :terima kaseyy atas doa tu (:

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA