Dulu masa sebelum ambik PTPTN aku tak pernah terfikir yang hutang akan mencanak naik walaupun lepas 3-4 tahun bayar akibat dari penambahan ke atas caj kos pentadbiran, kos tersembunyi dan kos segala bagai.
Tapi lepas hampir setengah tahun habis belajar baru aku sedar yang lepas ni aku kena carik kerja cepat-cepat untuk langsaikan hutang dengan PTPTN. Tu belum masuk lagi hutang rumah, kereta, nak bayar mak ayah lagi tiap-tiap bulan dan yang last sekali tentunya kawen.
Arghh.
"Don't worry be happy". Bak kata arnab aku keke
ME : Kawen belum masuk dalam senarai azam tahun baru bagi aku memandangkan aku masih lagi menjadi antara pencari kerja tegar. keh keh keh
bab kawin ini kalau dah sampai jodoh, tak perlu buat azam. kalau buat azam pun, kalau belum jodoh, tak jadi juga. kan ?
ReplyDeleteterima kasih kerana menjadi penyumbang trafik kat blog pakcik.
pak cik : time kaseh kembali. doakan saya bertemu jodoh cecepat yee :P
ReplyDeletediana : ye, doakan saya dapat keje cecepat yee (: