Saturday, January 14, 2012

Minta tolong boleh?



Kawan-kawan, boleh saya tau apa cara yang paling sesuai untuk menegur orang lain? Tambah-tambah kalau orang yang nak ditegur tu orang yang hampir dengan kita? Memang lah diri kita sendiri pun banyak kelemahan tapi kesilapan yang sedang dibuatnya ni selalu sangat jadi depan mata...


Kalau tak tegur rasa berdosa pulak sebab dah jadi bersubahat. Lagi pulak kesilapan ni macam disengajakan pun ada. Sedangkan saya yang baru berumur 23 tahun ni pun tau benda tu salah sejak saya mula tau kewajipan dalam menunaikan perkara yang menjadi tiang kepada agama.




Saya pernah dengar, kalau dah berumur 40 tahun ke atas pun masih belum berubah, maknanya kebarangkalian untuk berubah tu memang payah sikit la. 



Betul kan kawan-kawan?


ME : Hmm...

3 comments:

  1. adukan kepada orang yang dia segan. minta tolong dia tegurkan. awak jangan tegur sendiri, kerana dikhuatiri tidak berjaya mencapai maksud dan sebaliknya pulak akan terjadi.

    ReplyDelete
  2. Cuba kias2 dengan dia...
    Kalau boleh beli buku, atau DVD yang boleh bagi kesedaran, apa salahnya. Kadang2 dgn org yg kita rapat ni yg plng susah nk tegur. Takut terasa hati.

    ReplyDelete
  3. Pakngah : ye akan saya usahakan melalui orang tengah.


    kak fana : betul kak, orang yang paling rapat tu la paling susah kita nak tegur kan...

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA