Tuesday, January 17, 2012

Aktiviti Hujung Minggu



Hujung minggu baru-baru ni aku sekeluarga gigih meredah sawah kepunyaan orang kampung menyauk ikan di tepi-tepi parit tali air manakala abah aku melebar jala seluas yang boleh bagi memastikan tebaran mengena ikan yang besar-besar walaupun hasilnya hanya anak-anak ikan yang tersangkut di balik tali jala beliau :P



                                            Selinsing, Perak. 
Saujana mata. Hamparan padi menguning bersama angin sepoi-sepoi bahasa lalu datang sekawan burung terbang bertebaran dan... *dah dah*




   Nasib ada sekor ikan haruan sebesar lengan tersangkut, yang lain anak-anak ikan puyu. Alahai anak ikan pun jadilahh..




                      Emak dengan penapis kesayangannya keh keh



   Minit pertama cuma dapat banyak ni, dan-dan ada yang dah ajak balik rumah -____-




                  Akhirnya, puas hati tengok hasil tangkapan! *walaupun kecik-kecik je pun,err* 



ME :  Kami memang suka menangkap ikan, *tetibe* tambah kalau semua adik beradik ada. Cuti Tahun Baru Cina ni kami dah merancang untuk tangkap ikan lagi. Tak sabarnyeee!

4 comments:

  1. uish besarnya .. jeles pakngah. kalau nak dapat yg lagi besar, lain kali ikut pakngah memancing.

    ReplyDelete
  2. kan? pakngah jauh sangat la, kalau dekat boleh kita gang :P

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA