Friday, April 8, 2011

Betul ke cemburu tanda sayang?


Wahhh, lamanya rasa tak hapdate blog ni. Lepas habis teater aku stop dari blogging kejap sebab tak sempat nak update ataupun blogwalking. Cuma hari ni tergerak pulak nak update sebab aku sedang terfikirkan something yang ada kaitan dengan sifat cemburu.

Betul ker cemburu itu adalah tanda kita sayanggg??


Betul lahhhh... 

Aku selalu dengar orang cakap kalau kita rasa cemburu kat orang yang paling kita sayang maknanya kita memang betul-betul sayangkan dia *ehem*.  Tapi kena cemburu yang bertempatlah. Janganlah bila kau tau mak dia sayangkan dia lebih kau cemburu pulak. Tu dah melampau lahhh -__- 

Apalah salahnya kalau mak dia nak sayangkan anak lelaki dia sendiri kan? Kena pulak kalau anak lelaki dia tuh satu-satunya anak lelaki tunggul eh silap tunggal yang dia ada..makin dibelai manja lah kann...

Tapi yang aku nak cakap ni cemburu yang ada kaitan dalam hubungan antara diri kita dan si dia.




                                          "Are you jealous on me?"


Serius, bagi aku pulak dalam sesuatu hubungan, cemburu tu sangat perlu. 

Aku ulang sekali lagi..perluuuu..

Sebab bagi aku kalau 'dia' cemburu tuh tandanya 'dia' peka dengan apa yang kita buat, sentiasa nak tau kita keluar dengan siapa, pergi mana dengan siapa dan macam-macam lagilah...

Tapi yang aku pelik..'dia' tak pernah cemburu dengan apa yang aku buat. Misalnya aku bagitau yang aku pergi makan dengan si polan si polan (si polan adalah merujuk kepada lelaki tulen yee..) tapi nak tau apa respon 'dia'...

"Takpe..yang penting tau jaga diri cukuplah..."

Ek?

Ker orang lelaki ni memang semula jadinya macam gini? Yang aku punyalah bercerita pung pang pung pang bagai nak rak tapi last-last tu respon yang 'dia' bagi. Aku ingat 'dia' nak hot ker hape tapi lastly aku pulak yang jadik hottt huuu..

Pastu aku pun mulalah buat monolog dalaman yang berbunyi :

"Dia memang tak sayang orang agaknyerrr. sob sob..". (Ni kalau 'dia' baca mau muntah hijau. heh) 

Yang peliknya setiap kali 'dia' cerita apa-apa yang ada kaitan dengan perempuan lain, aku pulak yang kemain hot. Dia rileks jerr...giteww la kan orang perempuan...cepat jer emosi tapi cepat jugak cool :p



P/s : Lepas habis taip entri ni baru aku perasan yang entri ni macam ada unsur-unsur gediks sikit huahuahua



ME : Cemburu memang tanda sayang.

Monday, April 4, 2011

Between Friends the Musical!





Tinggal lagi berapa jam sahaja lagi untuk pementasan teater sulung kami ni hehe.

Subjek major bagi Performance Studies bersama lecturers yang sangat sempoi, Dr. Noraini dan juga Miss Angie. Fuh! berdebar rasanya nak tunggu malam esok. Selepas bertungkus lumus praktis akhirnya hari yang dinanti tiba jugak. Walaupun tak berlakon sama dan bertugas sebagai emcee aku tetap bagi sokongan yang tak berbelah bahagi.

Walaupun banyak tercetus konflik antara kami tapi latihan tetap dijalankan. Biasalah bila ada apa-apa program mesti macam-macam masalah yang timbul kan. Tapi rasa tak puas hati tu kena tolak tepi dulu yang penting latihan kena konsisten, kehadiran sangat penting walaupun ada jugak yang mengelat huuu..


Pementasan akan bermula jam 8.00 malam di Panggung Seni UKM. Ni lah kenangan terakhir bersama students English Literature batch kami. Semoga segala berjalan dengan lancar malam esok. Marilah datang beramai-ramai sebagai tanda sokongan anda kepada kami. 


Terima kaseyyy!



ME : All the best!

Saturday, April 2, 2011

Kenapa perlu angkuh?

 
Dalam dunia ni kenapa ek ada orang yang sombong? Kalau muka cantik pun tapi perangai tak semenggah takde guna juga kan? Kenapa perlu angkuh sangat? 

Dari tutur kata, perbuatan, buat orang sekeliling lagi meluat adalah. Sememangnya kalau bersifat angkuh akan mengundang kutukan dari orang lain tapi ada jugak manusia yang tak sedar perkara tu. Pergh! Ni memang spesis hati batu bata agaknya.


               Senyum la sikit macam ni :) :) :). Kamooonn baby :P



Aku tak tau kenapa manusia perlu angkuh dengan orang lain terutamanya bila dia merasakan yang dirinya cantik. Sedarlah kecantikan yang Tuhan kurniakan tuh perlu disyukuri bukan dibanggakan sebab satu hari nanti kalau Tuhan tarik balik segala nikmat tu baru rasa menyesal. Taulah awak cantik tapi jangan lah sesekali menghina orang lain yang tak berapa nak cantik sebab tu semua pinjaman dari Tuhan semata-mata. 


Tapi yang peliknya, bila susah pandai pulak nak carik orang yang jadik bahan kutukannya tu. Sebelum ni bukan main lagi kutuk tapi last-last carik dia jugak. Sebab tulah orang cakap jangan berlagak sombong sebab satu hari nanti bila kita susah mana tau orang yang kita benci tu yang akan jadik orang pertama yang akan tolong kita.


Manusia ohh manusia...


(Harap penyakit yang sedang menimpa dia sekarang akan buat dia sedar yang tutur kata serta perbuatannya selama dia sihat sebelum ni telah buat banyak pihak terluka)


ME : Berpijaklah di bumi yang nyata.
        (Aku jua manusia biasa yang punya hati dan perasaan)

Thursday, March 31, 2011

Apa makna di sebalik APRIL FOOL?


Setiap tahun tarikh 1 April pasti akan disambut oleh segelintir dari kita sebagai hari untuk mengenakan orang. lain. Tapi banyak dari kita yang tidak menyedari makna di sebalik April Fool itu sendiri. Sempena kedatangan 1 April pada esok hari, disini diterangkan apa makna di sebalik tarikh untuk mempebodohkan orang itu...





"Jika kita kaji sejarah, Fool’s Day atau April Fool ini mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuas hati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Dalam kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuas hati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari (1 April).

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki, perempuan atau kanak-kanak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan mereka. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia."



Sekadar renungan, pernahkan anda terfikir tidakkah berdosa kita mempermainkan dan menyusahkan orang atas alasan hanya untuk berjenaka?





ME : Cuma sambut hari lahir pada 1 Februari

Wednesday, March 30, 2011

Bila Otak Dah Overload


Hidup aku kini terumbang-ambing. Mandi tak basah, tidur langsung tak lena. Tapi makan tetap kenyang.

Simpton-simpton awal untuk histeria satu badan ni memang dah lama ada.

Hari ni rasa macam dah nak terkeluar pulak kepala otak ini. Ok, tu tipu.

Sebenanrya tinggal lagi 20 hari sebelum kena hantar tesis. Hampir dengan final exam jugak. Dan sekarang aku sedang tekun menelaah segala buku yang ada untuk pastikan tesis ni dapat disiapkan pada waktunya. Tetibe aku jadik sangat rajin untuk baca segala buku pasal blog politik walaupun yang sebenarnya aku lagu suka baca blog pasal gosip artis -__-

Aku ingat tahun akhir boleh lah nak rilek-rilek sikit atau mungkin pergi bercuti menenangkan fikiran di tepi pantai sambil melihat ombak perlahan-lahan menghasilkan buih-buih putih di samping angin sepoi-sepoi bahasa. Hoi, dah la tuh. Err..

Dalam waktu yang tengah genting ni jugak lah aku kena pergi latihan teater untuk kitorang punya wajib major. Berlakon atau tak tetap kena datang setiap hari dari pukul 6 petang sampai 10 malam kat fakulti. Aku jadi emcee lagi (diorang tak nak amik aku berlakon tatau pasal apa :p).

Tapi kali ni beza dengan majlis yang biasa aku handle. Ni sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Sekarang aku tengah giat menghafal skrip bagai supaya nanti takdelah asyik tersalah sebut.
Rehearsal kat Panggung Seni UKM


                                      Sedang berlatih sambil makan


Hari ni kuliah terakhir yang aku pergi. Mak aii, dah 3 tahun rupanya aku jadik mahasiswi kat Universiti Kebanggaan Malaysia ni. Selama tuh jugaklah aku tak sedar yang masa bergerak sangat cepat sampikan aku rasa baru sangat daftar untuk masuk UKM. Tiga tahun berlalu dengan sangat cepat.

Kalaulah masa dapat berputar kembali. Seronok kot jadik budak u ni walaupun banyak benda kena buat sendiri. Kat sinilah nak belajar berdikari pun selalu kat sekolah cikgu yang buatkan semua benda huu.


                     Kenangan sebagai 1st Year students July 2008


Ok, aku nak terus buat tesis ni. Harap dapat update blog untuk teater minggu depan.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya. InsyaAllah!



ME : Hati akan tetap di UKM (dan si dia *ehem*)





Tuesday, March 29, 2011

Janji Dikala Sendu



Semalam aku ingat lagi
Dia ada berjanji itu dan ini
Kini aku yang setia menanti
Apakah semua akan dia penuhi


Hari ini dia pula membisu
Seolah tiada apa berlaku
Mungkin dia tetapkan ragu 
Kerna aku jua masih keliru




ME : Sudah lelah menunggu

Friday, March 25, 2011

Please yourself first


Rasanya dalam diri kita mesti terselit perasaan untuk cuba puaskan hati orang lain dulu sebelum memikirkan perasaan diri kita sendiri.


Aku salah seorang darinya.


Kadang kala akibat terlalu menjaga perasaan orang lain, tanpa sedar kita telah melukakan hati sendiri. Kadang kala juga, kita telah cuba buat yang terbaik tapi akhirnya kesudahan yang berlaku tak seperti yang kita harapkan, malah menjadi lebih buruk dari sebelumnya.


Aku tak faham.


Kenapa susah sangat seseorang tu nak  fahami keadaan orang lain. Sama ada dia yang tidak memahami orang itu atau diri sendiri memang spesies hati batu, yang tak pernah cuba nak letak diri dia dalam situasi orang tu. Aku tetap percaya, kematangan seseorang memang sangat mempengaruhi keadaan ni. Betul lah kata orang, faktor umur kadang kala tak mempengaruhi tahap kematangan sesorang. Walaupun dia sudah berumur sekalipun tapi kadang kala tindakan yang dilakukan tidak seiring dengan usianya. Keadaan ini mungkin turut dipengaruhi oleh persekitaran boleh jadi jugak faktor keluarga. 


Tapi walau apa pun keadaannya, jangan pernah berhenti berbuat baik kat orang lain. Sebab tu adalah semulia-mulia sifat yang perlu ada dalam diri setiap dari kita.



Teringat dalam satu hadis Nabi ni...
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda : Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Mampukah aku menjadi seperti itu?







ME : Cepat lembut hati walaupun hati batu

Thursday, March 24, 2011

Rindukan dia


Hati tiba-tiba dipagut dan diragut rasa rindu. Ditambah dengan keheningan malam yang sejuk serta dingin lagi membuai-buai jiwa dan raga lalu membawa diri seperti berada di awang-awangan. Err..ok ok dah.  


Eh, aku betul-betul tengah sakit rindu ni.


Rindu yang teramat sangat.


Teramat sangat merindu.


Tadi dah bergayut lama tapi rasa macam nak sembang lagi. Katanya kalau aku sembang dua hari dua malam baru habis cerita. Ek? -__-


Rasa mau balik Taiping barang sehari dua eh, mana cukup, barang lima enam hari ok lah jugak tapi tesis tak siap lagi nih. Banyak benda kut kena settlekan dalam sebulan ni. Hurmm.



                                                                                                 

                                                               
                                                       Sungguh. 



                                                 Mak, rindu la -_______-





ME : Kita memang punya ramai kawan tapi kita cuma punya seorang ibu.

Wednesday, March 23, 2011

Mentari Muncul Lagi


Selama beberapa hari jiwa kacau. 

Semua jadi serba tak kena. 

Penat mencari salah itu dan ini. 


                                                             
                                                                  .
                                                                  .
                                                                  .
                                                                  .
                                                                  .

               Tapi kini, ia berakhir dengan kesudahan yang positif!


                                                       Syukur :)



ME :  Pohon lebih bahagia.

Sunday, March 20, 2011

Bila Hati Dah Makin Tawar #3


Sungguh
Hati ini tidak buta
Tak pernah salah dalam menduga
Walau ku cuba kesekian kalinya
Masih jua aku temukannya

Jangan pernah berhenti berharap
Andai ada yang masih setia
Bukan tidak pernah ku mencuba
Luluh sudah seluruh raga

Tak bisa aku bertahan lagi
Kerna aku jua punya hati
Lelah sudah aku percaya
Biarkan aku berlalu pergi
Membawa pergi seribu erti

Andai perpisahan itu yang kau pinta
Berjanjilah untuk terus memburu bahagia







ME : "Don't cry because it already end but we should smile n laugh because something wonderful happened in our life"

Good Luck Haiqal and Ida!


Keputusan SPM 2010 dijangka keluar pada Rabu depan iaitu pada 23 Mac 2011. Ni  kenyataan yang dikeluarkan menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Berdebar pulak aku rasa sementara nak tunggu keputusan keluar. Eh eh, ni sapa yang sebenarnya nak ambil result ni -__-

Kepada adik sedara lelaki yang sorang ni, Haiqal semoga dapat keputusan cemerlang. Sama juga kat adik Ida Noraiza...

Haiqal satu-satunya adik sedara lelaki yang paling tua. Yang lain semua kecik-kecik lagi. Kalau ada kenduri apa-apa kat rumah Atuk, Haiqal la yang jadi mangsa. Kesian jugak tapi nak buat macam mana, kitorang ada lebih ramai sepupu perempuan. Sepupu lelaki semua belum cukup umur lagi. Paling-paling tidak pandai pun budak-budak kecik ni pergi tangkap ikan dalam parit kat depan rumah Atuk.  heh.

Haiqal baru lepas operate tulang bahu sebelum cuti Tahun Baru Cina lepas. Tulang bahu dia terkeluar lepas berlaku insiden di luar kawalan masa tengah main ragbi dekat sekolah. Sekarang nampak dah makin sihat. 

Adik Ida pulak baru habis tiga pulan latihan PLKN kat Kem Sentosa, Tapah. Sama dengan kem PLKN aku dulu...


                        Haiqal memang berkali ganda tinggi kan -_-


                                              All the best adik Ida!


Abah aku panggil Haiqal ni Syamsul Yusuf sebab abah cakap muka Haiqal dengan Syamsul lebih kurang sama. Iyolah tue abah :P



ME : Semoga kalian berdua akan terus berjaya

Saturday, March 19, 2011

When you say SORRY


It was unintended
That's why it keep happens
It could be right either wrong
I dont know

Please stop from calling my name
I cant bear to hear that
While I keep promising you
I know I will, but you?

Just give your every words
Sorry, again and again
Then what else should I say?



                                             Empty day. Empty heart.



ME : I'll be there as soon as I can. Did you?



Dinner Splash


Entri kali ni dibuat atas permintaan pembaca yang mintak update gambar dinner. Wah, kemain gitew kan. Siap ada yang request lagi. Bajet macam artis la pulak kan :P


Ok, sudah.

Followers pun tak sampai seratus perasan ada peminat konon -__-


Dinner kolej tahun ni dengan tema Lights, Camera Action diserikan lagi dengan macam-macam fesyen yang yang boleh dikatakan ada yang kena gaya tak kurang jugak yang dah jadi macam fashion freak, err? Ada yang pakai t-shirt tak kurang jugak yang pakai gaun pengantin. hoh? Iyeee. Banyak jugak yang sempat disnap untuk tatapan pembaca tersayang. Eh eh..


        Rasa macam kat Anugerah Bintang Popular Berita Harian la


Eh, kat mana ni? Rasa mcam kat sini lagi tapi sejuknya. Rasa sejuk macam kat Genting lahh....Takpe biasalah sejuk tu memang pun sebab dinner kolej kita kan buat kat Genting ...ohh yee...



                 Ni ayah Dafi yee, Dafi sms cakap tak dapat datang :P


                          Chicken chop ayam pencen. Seyes, ayam keras


                  Baju raya tahun lepas tudung pulak beli kat Kajang


                                       Shima and Kak Ifa memang gojes!


                                Mana satu queen and king of the night?


                                Majlis Gemilang Resepsi Za'ba-MAGIZ



                                  Photoshoot hasil ihsan camera pinjam


                                             With Queen of the night



                             Lagi gambar ihsan camera pinjam. heh.



Haa, kan dah cakap ni semua bukan kat Genting, buat kat UKM je. Tak percaya?

Silalah percaya ye.





ME : Tahun ni merupakan dinner terakhir di kampus -__-


Friday, March 18, 2011

Kimono Session


Selepas menunggu hampir seharian di bawah panas terik dengan ketiak berpeluh akhirnya hajat untuk pakai kimono yang ada beraneka corak juga warna tercapai jua. Lepas bayar dapatkan kupon untuk pakai  kimono tue berapa lama korang nak. Pastu bolehlah posing ceruk mana yang korang nak untuk menampakkan yang korang memang seorang yang photogediks. heh.  


                                        Terompah ni serius kecik -_-



                                             Semua tengah cover perut :p

 

Err, you nampak macam puteri gitew

 
                                                        Charlie's Angels


Masing-masing pulang dengan perasaan yang gembira lepas hampir sejam photoshoot walaupun cuma dalam kawasan kampus. heh.




ME : Gambar ni di ambil sebelum tsunami kat Jepun. Sangat bersimpati dengan nasib mangsa bencana :(

Tuesday, March 15, 2011

Grooming With Cosmopolitan


Entri ni merupakan sedutan hasil seharian menapak ke kelas grooming bersama majalah Cosmopolitan. Wah, kelas gitu. Sekarang ni tak main dah pergi kelas belajar masak-memasak ke, buat cup cakes ataupun menghias kek tapi lagi minat nak pergi kelas make up -_-

Aku bangun pagi-pagi dengan penuh semangat hari minggu pulak tuh untuk pergi kelas grooming ni. *Ok, sila jangan percaya*. Kelas yang patut mula pukul 12 dilewatkan ke pukul 1 petang apabila semua pihak baru sibuk nak set up dewan. Kami yang dah sampai dari jauh *tipu bilik aku sebelah dewan* ingat lepas daftar boleh lah carik tempat duduk yang depan sekali dengan harapan dapat tengok cara-cara untuk make up dengan jelas. Hampir 40 minit menunggu barulah kami dibenarkan masuk ke dalam dewan. Fuh, peluh kut ketiak menunggu.

Sesi grooming dimulakan dengan cara-cara nak buat smooky eyes. Ni make up khas untuk pergi  dinner yer adik-adik. Kat sini ada beberapa gambar yang sempat disnap buat pembaca tersayang hihi!


Lets pictures tell you the story!


                Make up artist, Cindy bersama model yang sebijik macam
                                                     Lisa Surihani


                Mini booth untuk sape-sape yang minat nak make up



                                                Sesi touch up mentouch up


                          Lai lai make up meh! Kata amoi ni kepada kami


Lepas habis demo make up untuk dinner ada ala-ala pertunjukan fesyen gitu. Beberapa orang model yang dah memang sedia cantik pakai baju dengan kasut untuk tunjuk kat peserta pakaian yang sesuai untuk dinner. Ada beberapa tips yang sempat diberi oleh Izza Safinas, editor Cosmopolitan supaya penonton tak jadik mangsa fesyen. Terutamanya pemilihan baju dan warna yang sesuai untuk dinner. Elakkan aksesori yang terlampau sarat dan fesyen tudung boleh dipelbagaikan dengan macam-macam gaya terkini.


                         Editor Cosmopolitan bagi tips untuk baju dinner



 Dinner attire for men


            Muka ni awal-awal lagi dah ada kat depan dewan. heh.


                       Bilalah boleh dapat goodies bag kat belakang ni -_-
                                              Kata aku dalam hati


                     Bersama editor Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim


Overall, best jugak sesi grooming ni walaupun duduk berjam-jam dalam dewan. Selain tu seronok sebab dapat goodies bag yang ada macam-macam barang free serta majalah CLEO. Lain kali kalau ada kelas grooming aku memang nak pergi lagi. Tak gitu kengkawan?


Credit pitcures : Afifah Hanani Yusuf


ME : Masih tercari-cari lagi baju untuk dinner huu