Sunday, December 4, 2011

Dessert #1



Semenjak dua menjak ni aku dah terkena sindrom asyik-nak-belajar-buat resepi-baru-sampaikan-ada orang ingat-dah-sampai-seru.



Err.



Bukan kot. Sebab tanda-tanda ke arah tu belum lagi nampak cahayanya memandangkan aku sekarang pemegang gelaran penganggur sepenuh masa T______T.



Jadi, waktu-waktu senggang selalunya dihabiskan dengan mencuba pelbagai resepi baru yang tentunya mudah lagi menjimatkan.



Kali ni aku buat agar-agar merah putih. Nama aku pun dah tak ingat sebab aku ambil resepi ni masa tengah bersantai-santai hujung minggu sambil menonton cerita kegemaran mak dan kakak-kakak aku iaitu Nona.



                                        
            P/s : Kualiti gambar 'kurang' disebabkan over-lighting




Bahan-bahan :
1 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
1 cawan santan cair
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna merah
Setengah paket agar-agar


Cara-cara :
1. Masak agar-agar.
2. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan santan. Asingkan kepada dua bahagian. (Satu untuk lapisan putih dan satu lagi untuk lapisan merah)
3. Maukkan pewarna merah ke dalam satu adunan dan juga gula ke dalam kedua-dua bekas.
4.Masukkan santan ke dalam kedua-dua bancuhan dan masak dalam dua periuk yang berbeza.
5. Tuang kedalam bekas adunan putih tadi. Tunggu sehinga agak keras kemudian barulah masukkan adunan bewarna merah. Masukkan ke dalam peti untuk biarkan ia menjadi keras.




Sedia untuk dihidang sebagai pencuci taik gigi selepas makan tengah hari.


 
Ok, jumpa lagi dengan resepi lain yang lebih menggiurkan.




ME : Pernah bercita-cita nak bukak bakery hasil air tangan sendiri.

Thursday, December 1, 2011

Sosej Roti Gulung



Resepi ni aku belajar lama dah dan kalau ada cukup bahan aku memang buat.


 Bahan-bahan pun simple sangat yang penting rajin ok :)


 Mempersembahkan...




                                     
                       (P/S : Walaupun nampak macam tak begitu 
                     mengghairahkan tapi rasa memang tip top occay)


**kemaskini (Ada yang mintak sertakan resepi ni ha aku update lain)

Bahan-bahan nak buat kuih ni :


10 ketul sosej
10 keping Biskut kering
3 biji telur
Sebungkus roti-apa-apa jenis pun takpe asal roti kosong


Cara-cara :

1. Pecahkan kesemua biskut sampai hancur dengan menggunakan lesung batu .
2. Gelek roti dengan menggunakan anak lesung batu sampai jadi nipis.
3. Potong sosej kepada 2 dan masukkan sosej ke dalam roti yang dah digelek tadi. Potong roti kepada 2 bahagian. Gulung sehingga kemas.
4. Pecah kan telur pukul guna garfu. Celupkan roti yang dah digulung tadi ke dalam telur.
5. Ambil biskut yang dah dihancurkan tadi dan gelek roti yang digulung tadi ke atas biskut. Kepalkan supaya serbuk biskut melekat pada roti.
6. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
7. Hidang bersama sos yang dicampur mayonis. (Pergh! Memang meletops u)



Sosej gulung roti eh roti sosej gulung. Mana satu yang betul ni weh.


Mana-mana pun boleh lah. Yang penting tiap kali aku buat, mesti licin punya. Hek.



ME : Nak belajar masak rendang.

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #1


                                                            Presenting...
                                                                      .
                                                                      .
                                                                      .
                                                                      .


                                                
                                                Kek Marble 3 warna :P


                                                        


ME : I enjoyed cooking!

Saturday, November 19, 2011

Buat Si Penjaja Cerita




Entri ni aku buat  untuk si penjaja cerita (bukan penjaja jajan ok). Ni untuk yang suka sangat nak menjaja cerita orang sampaikan hal 'dalam kain' orang pun dia sibuk nak ambil tahu.


Aku sebenarnya rimas dengan orang-orang yang berperangai –suka-jaga –tepi- kain- orang- tapi -kain sendiri -koyak –rabak- dia -tak -nampak.  Jenuh aku nak eja satu-satu kut. Heh.

Alkisahnya bermula bila aku menyewa kat sebuah kawasan perumahan yang rata-ratanya memang orang Melayu. Aku mula  menyewa kat situ disebabkan tawaran kerja sebagai seorang wartawan. Erkk.(Kenapa aku tak nak kerja wartawan klik entry ni).


Berjiran dengan orang yang dah berkeluarga paham-paham jelah macam mana. Kena pulak jiran rumah aku ni memang orang yang sangat lah nak ambil tau hal orang lain walaupun aku tak pernah sibuk nak tanya hal rumah tangga dia. Bermula dari takde masalah makin besar pulak masalah bila housemate aku pulak ada krisis dengan jiran sebelah. Maka bermulalah perang dingin yang bagi aku kalau tak dibendung akan menyebabkan tercetus pulak perang saudara. 


Tiap-tiap hari ada je benda yang nak ditanya sampaikan aku kadang-kadang jadi bosan. Bukan apa, soalan yang ditanya tu pulak lain macam bunyinya. 

                                                Think before talk



Bagi aku, kalau dah orang tak cerita, tak payahlah sibuk-sibuk nak tanya. Buat orang meluat lagi adalah. Aku pulak jenis yang tak suka nak ambil tahu hal orang melainkan si empunya badan yang datang bercerita masalah dia kat aku, selagi tak membebankan, aku layankan jelah.

Ni baru kenal dah melebih-lebih pulak nak jaga tepi kain orang  sampaikan aku yang tak terlibat alih-alih terpalit sama. 


ME : Berjiran biar beribu bercinta biar satu.



Harta Pusaka



Dulu aku bukanlah orang yang ambil tau sangat bab-bab harta pusaka ni. Tapi sejak Mak aku bangkitkan isu ni aku mula fikir pentingnya pembahagian harta pusaka ni sejak dari awal lagi. Bab-bab harta pusaka ni benda sensitif, boleh jadi pergaduhan kalau tak kena cara untuk  mengendalikannya. 

Kisahnya bermula bila si polan ni mula bercerita tentang tanah yang nak diberikan kat Mak aku tapi akhirnya dia cakap tak jadi nak bagi atas alasan yang aku anggap tak ada kaitan lah sangat sebenarnya .Bagi aku janji tetap janji. Kena pulak orang tu memang orang yang kita kenal sangat. 

Masalahnya sekarang, bila perjanjian yang dibuat tiada surat hitam putih maka akan timbullah masalah di kemudian hari. Tapi yang aku kesalkan, kenapa perlu mencanang sana sini mengatakan tanah tu akan diberikan pada orang tersebut sedangkan bila dah ada orang nak beli tanah tu boleh pulak cakap yang dia nak balik duit hasil jual tanah tu? 

Tak ke buruk siku namanya?

 Ish, pelik aku dengan orang yang macam ni. Sebab tu bagi aku bab-bab harta pusaka ni memang boleh jadi punca pergaduhan tak kiralah antara mak bapak dengan anak-anak  ataupun adik-beradik tu sendiri. Aku dari awal-awal lagi dah pesan dekat Mak aku, kalau satu hari nanti kami adik-beradik bergaduh pasal tanah, aku lebih rela tak dapat apa-apa dari bergaduh tak tentu hala berebut tanah yang entah berapa kangkang kera. 

Biarlah aku miskin harta asalkan kaya budi bahasa. Ewah. 

                                Konvo aku yang dah 2 bulan lepas.
                    (p/s Cerita takde kaitan langsung dengan gambar)


ME : Lebih rela tak punya apa-apa dari punya tanah sekangkang kera tapi dijaja merata.

Sunday, September 25, 2011

Konvokesyen Kali Pertama.



Esok akan jadi hari yang paling istimewa buat aku sebab penat lelah selama tiga tahun naik turun tangga library (?), kejar bas sebab lambat nak ke kuliah, hampir meroyan gara-gara sang tesis, dan macam-macam lagi selama jadi student akan jadi kenangan paling indah walau ada kala hampir buat aku putus asa.


Nasib ada seseorang (ehemm) yang setia menjadi sang penglipur lara di kala aku stress meroyan tak tentu hala. Ewahh.



Terima kasih! Budi anda amat saya hargai. Dah, dah.



Ok next.


Biasanya masa konvo semua saudara- mara, pak menakan, mak menakan, tok, nenek, kekasih hati (eheeemm) suma akan diangkut sama bagi meraikan kejayaan insan tersayang. Berbaloi la tu datang jauh-jauh untuk nak meraikan kejayaan sebab bukan semua berjaya lepas untuk konvo ni. (Opppss!)


Dah tu, dapat pulak berjambak-jambak bunga dari kaum keluarga, kaum kerabat dan juga kawan-kawan sampai tak cukup tangan nak pegang. Tapi bagi aku, pemberian bunga tu bukanlah menjadi ukuran sebaliknya kehadiran orang-orang yang disayangi tu yang buat kejayaan kita jadi lebih bermakna.


Terasa penat lelah selama ni berbaloi bila tengok skrol dah ada depan mata. Semangat nak sambung belajar jadi membara secara tiba-tiba.Tapi bila ingat faktor lain contohnya kerja susah nak dapat zaman sekarang, membuatkan niat untuk sambung belajar ditangguh dulu.


Takpelah, ada rezeki boleh teruskan pengajian tapi kalau sebaliknya aku pilih untuk kerja dulu.


Terima kasih pada mak abah, para pensyarah, sahabat handai dan juga sahabat istimewa. (yang akan berkonvo pada 1 Oktober ini di utara sana :P)


Jasa kalian sangat aku hargai!




                                           Pre-convo photoshoot.

                         



ME : Selamat berkonvo!

Friday, May 20, 2011

Praktikal oh praktikal



Sedutan dari entri sebelumnya tentang kisah dari sorang pelajar kepada budak praktikal yang hanya mencari pengalaman tanpa diberikan sebarang upah mahupun ganjaran atas khidmat bakti serta penat lelah yang telah dicurahkan.


      Lawatan kerja selama sehari ke kilang Spritzer, Taiping keh keh

                                       


Ok, ok. Cukup.


Isnin hingga Jumaat kononya jadual aku dipenuhi sebagai seorang penguatkuasa. Apa taknya, aku ikut penguatkuasa pantau harga merata-rata dari pasar basah sampai restoran makanan cina (konon sebok sangat letewww). Tugasan pertama aku diarahkan untuk mencatat harga ikan, sayur, buah-buahan dan ayam kat Tesco. Sampikan tiap kali aku datang, dari jauh lagi abang yang jaga bahagian ayam kat Tesco dah jerit 'Ayam super ayam standard' bila nampak kelibat aku dari jauh T___T


Selain tu kami pergi pasar basah kat sekitar Taiping. Baju aku memang selalu kena air ikan dan udang  memandangkan pagi-pagi lagi kami dah jenguk pasar basah catat harga makanan basah.-__-


Selain tu, harga makanan kat kedai mamak dengan kedai nasik campur turut termasuk dalam senarai kedai yang perlu dipantau. Tugas aku bila penguatkuasa jumpa peniaga, aku akan meninjau makanan yang dah siap dimasak kat restoran tu. Perghh! Memang heaven la dapat tengok macam-macam lauk kala perut tengah berkeroncong :p


Bila dah bekerja di tempat yang  dipenuhi orang dewasa secara automatiknya diri akan lebih diberi perhatian. *Ok tipu*. Ditambah pada masa sama aku menjadi cikgu yang mengajar bahasa Inggeris kat opis ni. Kelas buat lepas solat Jumaat dan setakat ni murid-murid dewasa kat sini sangat seronok belajar walaupun sepanjang pemerhatian aku lain yang aku ajar lain yang diorang dapat (-__-)


ME : Hari pertama praktikal bos dah suruh guna mesin taip letrik. Huuu

Wednesday, May 18, 2011

Rindu Itu Kembali


Setelah hampir sebulan tidak merapu raban di belog kesayangan ini, aku kembali dengan semangat baru sebagai pelajar yang sedang menjalani praktikal tapi masih sempat mengupdate belog. Satu pencapaian yang cukup membanggakan di situ :p

Selama hampir sebulan juga macam-macam yang telah dilalui. Habis final semester dan selesai menghantar thesis (aku hampir gila di sini -__- ) aku mula mengemas barang walaupun dengan hati yang cukup berat untuk meninggalkan kampus tersayang. Ingat lagi masa mula-mula masuk universiti dulu aku menangis malam-malam meroyan nak balik rumah. Dah tu emak cakap balik bila aku bagitau nak balik Taiping. Bukan ke aku yang beria-ria sangat nak masuk u dulu? Heh.


                            Rindu kenangan manes di sana

Lepas kemas barang kat kampus aku menghabiskan masa selama dua hari di PD berjimba ria bersama seisi saudara juga adik-adik sedara yang masih kecil. Macam biasa, aku jadi yang paling tua walaupun sebenarnya aku masih muda belia :p

Selesai bersuka ria masa untuk kembali fokus kepada kerjaya. Ewahhh.

Aku mula lapor diri di tempat praktikal tiga minggu lepas di sebuah opis KPDNKK di sebuah bandar misteri  :p

Dan sekarang aku sudah 3 minggu di sini menghabiskan sisa 5 minggu yang masih berbaki dengan harapan selepas habis praktikal ini akan ada mana-mana kompeni yang sudi mengambil aku yang cukup berdedikasi ini untuk bekerja. Tapi hampa kerana aku jua masih belum memohon mana-mana kerja. Huu.

Selepas habis praktikal ni sememangnya aku sudah bersedia untuk menjadi seorang penganggur terhormat lagi dihormati. Sekian.


ME : Percutian di PD dan pengalaman praktikal akan menyusul dalam entri seterusnya. Nantikan siri ke 2.

Thursday, April 28, 2011

Kenangan yang tinggal



Walaupun cerita ni dah basi lagi kepam sebab dah nak masuk sebulan baru update tapi aku tetap jugak nak masuk dalam blog ni -__-


Teater kitorang 4 minggu lepas kat Panggung Seni  berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan jayanya. Ewahhhhh.


Penat terasa berbaloi bila tengok ramai penonton yang datang bersama keluarga dan pakwe tersayang :p


Tambah berbangaa bila Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM) Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri  dan isteri tercinta turut datang bagi sokongan.


Walaupun tak berlakon dan cuma jadi emcee aku tetap punya tugas yang berat lagi mencabar selaku penggerak majlis. *konon letew hikhik*


Nah, layankan beberapa keping gambar sepanjang teater hari tu...



                               Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri
                                                                                 
                                              Bersama lecturer kesayangan


                                                           Our banner

                                                                 Our lecturers









Overall, sangat berpuas hati!






ME : Membilang hari untuk meninggalkan UKM :(

Sunday, April 17, 2011

Tesis? Oh Tidak!!!




Dalam dua tiga minggu ni hidup aku jadik sangat lah tak terurus.



Betoilah.



Jerawat tumbuh melata kat dahi, muka yang dah sedia berminyak ni jadik makin berminyak dan paling ketara bawah mata dah macam kena tumbuk -__-

Semuanya sebab waktu tidur yang jadik tak menentu. Berjaga malam memang tak yah cakaplah. Rasanya dah dua minggu aku tidur lepas pukul 7 pagi.



                                 Serius aku tengah baca buku pasal politik  ni -.-


Kadang-kadang pulak makan tak cukup tapi ada waktu makan sampai terlebih cukup. heh.



Hadoi!



Stress wohhh.



Aku sampai muntah-muntah sebab nak siapkan thesis ni *overnyer u ni*. Sekali dengan pening sampai ada sehari tuh tak boleh bangun terus -__-



Ni semua gara-gara sebuku thesis. Eh sebuah thesis lah weh, eh entahlah aku pun tak tau nak panggil apa.



                                                             Dan baca lagi -___-
                                                                             
                                                                            .
                                                                            .
                                                                            .
                                                                            .
                                                                            .


                                     Serius aku sangat tertekan. PULL STOP.




ME : Sapa cakap nak buat thesis senang memang aku cekik-cekik orang tuh.

Monday, April 11, 2011

Cara Jaga Kebersihan Gigi


Entri sebelumnya cakap pasal ketiak, kali ni aku nak cakap pasal gigi pulak. Lepas ni dan seterusnya boleh jadik tips untuk anggota badan lain pulak. heh.
 
Aku seorang yang sangat pentingkan kebersihan gigi. Sebab terlalu taksub untuk gigi sentiasa kekal bersih, kadang-kadang aku berus gigi sampai lima kali dalam sehari. Gila cepat habis ubat gigi aku -__-

Penah tak dengar orang cakap, senyuman yang manis akan jadik bertambah manis kalau gigi kita terususun cantik. Walaupun sesetengah orang gigi tak berapa tersusun elok tapi yang penting sekali adalah menjaga kebersihan gigi supaya sentiasa bersih. Secara semulajadinya, gigi kita bukanlah berwarna putih. 

Warna biasa bagi gigi kita adalah sedikit kekuningan. Kalau yang putih tuh mungkin dia ada pakai whitening untuk putihkan gigi. Tapi aku dengar whitening ni sebenarnya ada kesan untuk jangka masa panjang, iaitu gigi akan mudah reput. Mungkin sebab bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Tak taulah sejauh mana kebenarannya.

Nak pastikan gigi kekal bersih ni tak susah yang penting rajin. Lagi sekali apa diaaaaaaaa?

Mesti raaaaajinnnnnnnnnnnnnnnnnnn! Iye pandai pun...

Kat sini ada beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk jaga kebersihan gigi.  Ni semua aku buat setiap hari untuk pastikan gigi kekal bersih juga segar...

1) Pastikan berus gigi 2-3 kali dalam sehari iaitu selepas bangun tidur dan juga sebelum nak tido. Ni untuk pastikan segala makanan yang melekat di gigi dapat disingkirkan. Tapi ada juga orang yang malas nak berus gigi kan..eiyyyy! Lagi jangan lupa yerr untuk berus lidah. Sebab bakteria paling banyak berkumpul di permukaan lidah.


                        Kat mana ada berus gigi mesti ada ubat gigi kan


2) Jangan lupa floss gigi yee. Ni benda wajib yang aku akan buat sebelum berus gigi. Percaya tak, aku tak boleh tidur kalau tak floss gigi .Tapi jangan floss gigi kuat sangat sebab nanti celah gigi akan berdarah. Floss ni macam benang tapi lebih lembut. Elakkan guna benang untuk buang makanan yang tersekat kat celah gigi sebab benang boleh menyebabkan gigi menjadi renggang. Floss ni berfungsi untuk menarik keluar sisa makanan yang terlekat kat celah-selah gigi. Kalau nak tau, sisa makanan yang terlekat kat celah gigi ni lama kelamaan akan membentuk plak kat gigi kita. Sebab tu sesetengah orang gusi dia cepat jer berdarah kalau dia berus gigi. Tu sebabnya gigi dia dah penuh dengan plak ataupun kita sebut sebagai tartar.

3) Perkara terakhir adalah menggunakan cecair pemebersih ataupun mouth wash. Ni untuk pastikan  bakteria dalam mulut dapat disingkirkan secara menyeluruh dan memeberi kesegaran dalam tempoh 12 jam. Berfungsi juga untuk mengatasi masalah mulut berbau.

Ok jangan lupa ikut tips-tips di atas yer untuk pastikan gigi kekal bersih. Sentiasalah tersenyum walaupun apa jua keadaan gigi anda kerana senyum juga merupakan satu sedekah.
                                                                             
.
.
.
.
.
.
.
.






Macam pak cik nih...muehehe!



ME : Sayangi gigi anda

Sunday, April 10, 2011

Cara Hindari Ketiak Berbau


Tadi masa tengah makan-makan dengan kawan lama kat Mekdi Bangi kitorang sempat lah cakap pasal bau badan ni ataupun bahasa lebih mudahnya 'bau ketiak'. 


                                          Euwwwww, bucuknyee!


Perghhh!

Aku memang sensitip betoi la bila masuk bab bau badan orang. Hidung aku cepat jer dapat menangkap dari mana aroma asli tuh muncul. Bagi aku kita adalah orang yang paling bertanggungjawab dengan bau badan sendiri. Bukan tunggu ada orang lain yang tegur baru nak ubah. 

Mak aku pernah pesan, jangan biar orang tegur bau badan kita. Biar kita sendiri yang peka dengan bau badan sendiri. Begitulah lebih kurang kata-kata mak aku suatu ketika dulu masa aku masih kecik. Masa tuh umur aku baru 14 tahun camtu la. Aku belum matang lagi masa tu walaupun badan semangat kemain :p

Tapi yang menjadi masalahnya, ada juga orang yang tak sensitip bila tiba bab ni. Ada yang ambil mudah.

Ok, baiklah kat sini aku nak bagi beberapa tips penting untuk sesiapa yang ada masalah bau badan (ceit, aku dah jadik macam konsultan tak bertauliah kot)

1) Pertama sekali, jangan pakai baju yang sama. Maksudnya, kalau hari ni dah pakai baju tuh untuk seharian, pelase please, tukarlah baju lain keesokan harinya. Sebab baju tuh dah bau busuk dengan peluh kan, tak kan kau sanggup nak pakai lagi lainlah kalau kau sanggup pakai lagi walaupun sedar baju tuh dah berbau haaaaaaaa.....ngit -__-

2) Lagi, tolonglah pakai deodoran. Penting ni terutamanya bagi orang yang bau badannya mempunyai aroma yang bisa membuatkan orang lain seperti berada di awang-awangan. Dan kami juga terpaksa menahan napas selagi boleh walaupun sudah hampir semput. Kalau nak pergi mana-mana aku akan  pastikan pakai deodoran (aku pakai deodoran kat baju sebab alergik hikhik) dan tak lupa juga menyembur perfume. Wajib. Kalau tak sempat pun aku akan pastikan bawak sama perfume roll-on tuh masuk dalam beg.

3) Kalau dah tau badan mengeluarkan bau yang mengancam, tolong jaga pemakanan yee. Kurangkan makan bawang besar dan juga makanan berempah sebab dua makanan ni menjadi penyumbang  kepada bau badan tengik.


Last but not least, sayangi diri anda kerana dirimu begitu berharga. Kahkahkah!!



ME : Tak kiralah lelaki atau perempuan, sama-sama kena jaga bau badan masing-masing okeh!

Friday, April 8, 2011

Betul ke cemburu tanda sayang?


Wahhh, lamanya rasa tak hapdate blog ni. Lepas habis teater aku stop dari blogging kejap sebab tak sempat nak update ataupun blogwalking. Cuma hari ni tergerak pulak nak update sebab aku sedang terfikirkan something yang ada kaitan dengan sifat cemburu.

Betul ker cemburu itu adalah tanda kita sayanggg??


Betul lahhhh... 

Aku selalu dengar orang cakap kalau kita rasa cemburu kat orang yang paling kita sayang maknanya kita memang betul-betul sayangkan dia *ehem*.  Tapi kena cemburu yang bertempatlah. Janganlah bila kau tau mak dia sayangkan dia lebih kau cemburu pulak. Tu dah melampau lahhh -__- 

Apalah salahnya kalau mak dia nak sayangkan anak lelaki dia sendiri kan? Kena pulak kalau anak lelaki dia tuh satu-satunya anak lelaki tunggul eh silap tunggal yang dia ada..makin dibelai manja lah kann...

Tapi yang aku nak cakap ni cemburu yang ada kaitan dalam hubungan antara diri kita dan si dia.




                                          "Are you jealous on me?"


Serius, bagi aku pulak dalam sesuatu hubungan, cemburu tu sangat perlu. 

Aku ulang sekali lagi..perluuuu..

Sebab bagi aku kalau 'dia' cemburu tuh tandanya 'dia' peka dengan apa yang kita buat, sentiasa nak tau kita keluar dengan siapa, pergi mana dengan siapa dan macam-macam lagilah...

Tapi yang aku pelik..'dia' tak pernah cemburu dengan apa yang aku buat. Misalnya aku bagitau yang aku pergi makan dengan si polan si polan (si polan adalah merujuk kepada lelaki tulen yee..) tapi nak tau apa respon 'dia'...

"Takpe..yang penting tau jaga diri cukuplah..."

Ek?

Ker orang lelaki ni memang semula jadinya macam gini? Yang aku punyalah bercerita pung pang pung pang bagai nak rak tapi last-last tu respon yang 'dia' bagi. Aku ingat 'dia' nak hot ker hape tapi lastly aku pulak yang jadik hottt huuu..

Pastu aku pun mulalah buat monolog dalaman yang berbunyi :

"Dia memang tak sayang orang agaknyerrr. sob sob..". (Ni kalau 'dia' baca mau muntah hijau. heh) 

Yang peliknya setiap kali 'dia' cerita apa-apa yang ada kaitan dengan perempuan lain, aku pulak yang kemain hot. Dia rileks jerr...giteww la kan orang perempuan...cepat jer emosi tapi cepat jugak cool :p



P/s : Lepas habis taip entri ni baru aku perasan yang entri ni macam ada unsur-unsur gediks sikit huahuahua



ME : Cemburu memang tanda sayang.

Monday, April 4, 2011

Between Friends the Musical!





Tinggal lagi berapa jam sahaja lagi untuk pementasan teater sulung kami ni hehe.

Subjek major bagi Performance Studies bersama lecturers yang sangat sempoi, Dr. Noraini dan juga Miss Angie. Fuh! berdebar rasanya nak tunggu malam esok. Selepas bertungkus lumus praktis akhirnya hari yang dinanti tiba jugak. Walaupun tak berlakon sama dan bertugas sebagai emcee aku tetap bagi sokongan yang tak berbelah bahagi.

Walaupun banyak tercetus konflik antara kami tapi latihan tetap dijalankan. Biasalah bila ada apa-apa program mesti macam-macam masalah yang timbul kan. Tapi rasa tak puas hati tu kena tolak tepi dulu yang penting latihan kena konsisten, kehadiran sangat penting walaupun ada jugak yang mengelat huuu..


Pementasan akan bermula jam 8.00 malam di Panggung Seni UKM. Ni lah kenangan terakhir bersama students English Literature batch kami. Semoga segala berjalan dengan lancar malam esok. Marilah datang beramai-ramai sebagai tanda sokongan anda kepada kami. 


Terima kaseyyy!



ME : All the best!

Saturday, April 2, 2011

Kenapa perlu angkuh?

 
Dalam dunia ni kenapa ek ada orang yang sombong? Kalau muka cantik pun tapi perangai tak semenggah takde guna juga kan? Kenapa perlu angkuh sangat? 

Dari tutur kata, perbuatan, buat orang sekeliling lagi meluat adalah. Sememangnya kalau bersifat angkuh akan mengundang kutukan dari orang lain tapi ada jugak manusia yang tak sedar perkara tu. Pergh! Ni memang spesis hati batu bata agaknya.


               Senyum la sikit macam ni :) :) :). Kamooonn baby :P



Aku tak tau kenapa manusia perlu angkuh dengan orang lain terutamanya bila dia merasakan yang dirinya cantik. Sedarlah kecantikan yang Tuhan kurniakan tuh perlu disyukuri bukan dibanggakan sebab satu hari nanti kalau Tuhan tarik balik segala nikmat tu baru rasa menyesal. Taulah awak cantik tapi jangan lah sesekali menghina orang lain yang tak berapa nak cantik sebab tu semua pinjaman dari Tuhan semata-mata. 


Tapi yang peliknya, bila susah pandai pulak nak carik orang yang jadik bahan kutukannya tu. Sebelum ni bukan main lagi kutuk tapi last-last carik dia jugak. Sebab tulah orang cakap jangan berlagak sombong sebab satu hari nanti bila kita susah mana tau orang yang kita benci tu yang akan jadik orang pertama yang akan tolong kita.


Manusia ohh manusia...


(Harap penyakit yang sedang menimpa dia sekarang akan buat dia sedar yang tutur kata serta perbuatannya selama dia sihat sebelum ni telah buat banyak pihak terluka)


ME : Berpijaklah di bumi yang nyata.
        (Aku jua manusia biasa yang punya hati dan perasaan)