Friday, February 3, 2012

Anjakan Paradigma


1 Februari lepas cukup umur 24 tahun. 



Err. Rasa agak berusia berbanding masa umur 23 tahun dulu :P 



Bila masuk umur baru tapi masih belum punya kerja tetap merupakan petanda awal diri berada di tahap kritikal. Kritikal sebab masih bergantung pada mak dan abah. Masih tinggal di rumah keluarga, makan pakai ditanggung dan berak pulak di jamban cangkung. Eh.


Next please.


Tahun ni takde sambutan berupa sebijik kek dengan lilin paling kurang 7 batang menyala atas kek sambil berlumba-lumba dengan adik-beradik yang lain untuk lawan tiup siapa yang dapat padamkan lilin paling banyak. Itu semua cerita 20 tahun lepas. 



Ni cupcakes tahun lepas aku buat untuk sambut birthday beramai-ramai. Walaupun tak cantik tapi ramai yang puji sedap!



Tak lupa jugak kenangan kek hari jadi aku terbalik gara-gara terlebih eksaited untuk tiup lilin. Kisahnya, aku pergi dapur untuk keluarkan kek dari peti ais, baru je nak pusing adik aku lebih dulu menerpa depan aku. Alih-alih kek terjelepuk depan peti ais. Abah gelak terkekek-kekek kat aku. Sampainya hati! (-__-').


Sumpah aku marah sangat kot time ni. Grrrr!.



Maaf, aku baru perasan tajuk lari dari entri!


ME : Tahun ni mak belanja makan kepsi sambil kitorang makan dekat Taman Tasik Taiping. Kool kan?


4 comments:

KATAKAN APA SAJA