Saturday, November 19, 2011

Buat Si Penjaja Cerita




Entri ni aku buat  untuk si penjaja cerita (bukan penjaja jajan ok). Ni untuk yang suka sangat nak menjaja cerita orang sampaikan hal 'dalam kain' orang pun dia sibuk nak ambil tahu.


Aku sebenarnya rimas dengan orang-orang yang berperangai –suka-jaga –tepi- kain- orang- tapi -kain sendiri -koyak –rabak- dia -tak -nampak.  Jenuh aku nak eja satu-satu kut. Heh.

Alkisahnya bermula bila aku menyewa kat sebuah kawasan perumahan yang rata-ratanya memang orang Melayu. Aku mula  menyewa kat situ disebabkan tawaran kerja sebagai seorang wartawan. Erkk.(Kenapa aku tak nak kerja wartawan klik entry ni).


Berjiran dengan orang yang dah berkeluarga paham-paham jelah macam mana. Kena pulak jiran rumah aku ni memang orang yang sangat lah nak ambil tau hal orang lain walaupun aku tak pernah sibuk nak tanya hal rumah tangga dia. Bermula dari takde masalah makin besar pulak masalah bila housemate aku pulak ada krisis dengan jiran sebelah. Maka bermulalah perang dingin yang bagi aku kalau tak dibendung akan menyebabkan tercetus pulak perang saudara. 


Tiap-tiap hari ada je benda yang nak ditanya sampaikan aku kadang-kadang jadi bosan. Bukan apa, soalan yang ditanya tu pulak lain macam bunyinya. 

                                                Think before talk



Bagi aku, kalau dah orang tak cerita, tak payahlah sibuk-sibuk nak tanya. Buat orang meluat lagi adalah. Aku pulak jenis yang tak suka nak ambil tahu hal orang melainkan si empunya badan yang datang bercerita masalah dia kat aku, selagi tak membebankan, aku layankan jelah.

Ni baru kenal dah melebih-lebih pulak nak jaga tepi kain orang  sampaikan aku yang tak terlibat alih-alih terpalit sama. 


ME : Berjiran biar beribu bercinta biar satu.



5 comments:

  1. terima kasih kerana sudi singgah dan komen. saya dah follow dan add kat fb. mohon dipertimbang dan diluluskan. t/kasih.

    ReplyDelete
  2. KomenSen : Ye saya dah add. terima kaseh!

    ReplyDelete
  3. org yg suke mengumpat ni takleh percaya sgt

    ReplyDelete
  4. mungkin jiran awak tu caring terlebih. sweet betul dia. kekeke =D

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA