Saturday, April 2, 2011

Kenapa perlu angkuh?

 
Dalam dunia ni kenapa ek ada orang yang sombong? Kalau muka cantik pun tapi perangai tak semenggah takde guna juga kan? Kenapa perlu angkuh sangat? 

Dari tutur kata, perbuatan, buat orang sekeliling lagi meluat adalah. Sememangnya kalau bersifat angkuh akan mengundang kutukan dari orang lain tapi ada jugak manusia yang tak sedar perkara tu. Pergh! Ni memang spesis hati batu bata agaknya.


               Senyum la sikit macam ni :) :) :). Kamooonn baby :P



Aku tak tau kenapa manusia perlu angkuh dengan orang lain terutamanya bila dia merasakan yang dirinya cantik. Sedarlah kecantikan yang Tuhan kurniakan tuh perlu disyukuri bukan dibanggakan sebab satu hari nanti kalau Tuhan tarik balik segala nikmat tu baru rasa menyesal. Taulah awak cantik tapi jangan lah sesekali menghina orang lain yang tak berapa nak cantik sebab tu semua pinjaman dari Tuhan semata-mata. 


Tapi yang peliknya, bila susah pandai pulak nak carik orang yang jadik bahan kutukannya tu. Sebelum ni bukan main lagi kutuk tapi last-last carik dia jugak. Sebab tulah orang cakap jangan berlagak sombong sebab satu hari nanti bila kita susah mana tau orang yang kita benci tu yang akan jadik orang pertama yang akan tolong kita.


Manusia ohh manusia...


(Harap penyakit yang sedang menimpa dia sekarang akan buat dia sedar yang tutur kata serta perbuatannya selama dia sihat sebelum ni telah buat banyak pihak terluka)


ME : Berpijaklah di bumi yang nyata.
        (Aku jua manusia biasa yang punya hati dan perasaan)

6 comments:

  1. Kerana angkuhla iblis kufur kpd Allah...

    ReplyDelete
  2. zaf : Btl tu awak. manusia pun sepatutnya tak boleh angkuh..

    ReplyDelete
  3. ya kerana angkuh hidup takkan tenang..sehingga org yg tak bslah pun menjadi mangsa...btaubatlah klu angkuh,kerana keangkuhan itu takkan kemna...menyakitikan hati org sumpama membunuh org, dan itu lebih kejam bagi sya..

    ReplyDelete
  4. ann : sangat memahami perasaan anda sebab entri ni dibuat memang untuk si dia...

    ReplyDelete
  5. saya setuju. dia angkuh bila dia lupa pada penciptanya. moga saye dijauhkan dengan sikap begini dan saye bersyukur dikurnikan sifat yg sempurna.

    ReplyDelete
  6. ezan : semoga kita semua terhindar jauh dari segala sifat mazmumah...

    ReplyDelete

KATAKAN APA SAJA